Mohd Khairuddin Aman Razali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Dr
Mohd Khairuddin Aman Razali

Ahli Parlimen Kuala Nerus
Tempoh jawatan
2013 – 2017

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Tempoh jawatan
2015 – 2020

Parti politik PAS logo.svg PAS
Kediaman Terengganu Terengganu
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Yang Berhormat Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Mohd Khairuddin dilahirkan di Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 1973. Merupakan anak sulung daripada 16 orang adik-beradik[3].

Anugerah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Dikurniakan Darjah Kebesaran DIMP; Darjah Indera Mahkota Pahang 2013 dan Darjah Mahkota Pakubowono, Istana Surakata, Indonesia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan menengah awal di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Klang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, beliau lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 ke Universiti of Jordan diterima.

Berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah "Signifikan Partikel Setara dan Genetif di sisi Sarjana Sintaksis" dan "Sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syarak"

Seterusnya Ph.D Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana lebih terpikat dengan UKM. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. Pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Mula berceramah di radio dan tv sejak pulang ke Malaysia pada tahun 1999. Pernah mengendalikan rancangan belajar bahasa Arab bermula tahun 2000 di Radio Nasional jam 6.15 ptg selama 3 tahun. Berceramah di pelbagai slot di Radio Nasional dan Radio IKIM. Juga di TV 1, Tv 3 dan lain-lain. Begitu juga aktif berceramah, berdiskusi, berseminar di seluruh negara di masjid, surau dan jabatan kerajaan dan kementerian. Pada tahun 2004 mengasaskan pusat pendidikan dan kebajikan Darul Fuqaha di Sg. Merab Bangi, Selangor dan Sek ren Islam Pintar Tahfiz pada tahun 2007.

Antara perjawatan amanah[4];

  1. Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha
  2. Pengerusi Eksekutif & Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha
  3. Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha
  4. Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang
  5. ALP SRIP Tahfiz K. Trg
  6. Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim
  7. Bekas Exco Persatuan Ulama Malaysia
  8. Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI)
  9. Penasihat Persatuan Prihatin Ummah Malaysia

Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

Penulisan Buku[sunting | sunting sumber]

Antara buku beliau bertajuk: 1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia 2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam 3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam 4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30 5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud 6) Perspektif Islam 7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis 8) Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam 9) Politik & Pilihanraya menurut Islam

Rujukan[sunting | sunting sumber]