Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz (juga dikenali sebagai Buzze Azam[perlu rujukan]) dilahirkan pada 9 Mei 1977 Tanah Rata Cameron Highlands Pahang. Bapanya seorang pemandu teksi dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak ke 6 daripada 9 orang adik-beradik.

Beliau membesar Batu Gajah Perak dan bersekolah Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yusuf Batu Gajah Perak. Selepas mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 1989, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak (SEMESTI) selama 2 bulan sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) dan meneruskan pengajian menengah sehingga tingkatan 5.[perlu rujukan]

Ketika SMSS, beliau merupakan Pembahas Sekolah serta Pemidato yang mewakili sekolah dan Wilayah Persekutuan ke pertandingan debat peringkat Kebangsaan dan pernah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Bahasa Melayu Zon Tengah dalam pertandingan debat Piala Perdana Menteri 1993. [perlu rujukan]

Bakat kepimpinan beliau terserlah sejak sekolah lagi apabila dilantik sebagai Ketua Pelajar SMSS tahun 1994[perlu rujukan] dan pernah menerima Anugerah Kepimpinan dalam program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 1994.

Selanjutnya, selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau melanjutkan pelajaran Matrikulasi Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya ke Fakulti Undang-Undang UKM sehingga menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) pada tahun 2001.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Suhana bt S.Ali pada tahun 2003 Taman Sri Angsana Hilir Kampung Pandan Dalam dan kini[bila?] dikurniakan 4 orang puteri sebagai penyeri keluarga.

Kerjaya

Beliau mula beramal sebagai peguam bela dan peguam cara pada bulan Mei 2007 dengan membuka firma guaman Tetuan Azam Aziz & Co Medan Gopeng Ipoh Perak. Bidang kepakakaran dan minat beliau ialah litigasi sivil dan jenayah termasuk undang-undang berkaitan keselamatan negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 2012, operasi firma Tetuan Azam Aziz & Co dipindahkan ke Bandar Baru Sentul dan pada tahun 2017, nama firma guaman beliau telah dipinda menjadi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dengan kemasukan rakan kongsi Dato Shaharudin bin Ali ke firma guaman ini.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan beliau ialah:

  1. Mewakili Naib Canselor UUM Tan Sri Dr Nordin Kardi memenangi saman fitnah terhadap blogger Raja Petra Kamarudin sebanyak RM7 juta pada 26 Mac 2008.[1]
  2. Menjadi Plaintif dan menyaman Majlis Peguam Malaysia pada 16 Mei 2012 kerana meluluskan resolusi menyokong gerakan kepartian NGO BERSIH yang bercanggah dengan fungsi penubuhan Majlis Peguam. Saman dibatalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan Res Judicata pihak Plaintif.[2][3]
  3. Mewakili Shahrul Anuar bin Abdul Aziz, tertuduh dalam kes kecurian telefon bimbit yang menyebabkan huru-hara Plaza Low Yat pada tahun 2015 dan tertuduh telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2018.[4]
  4. Mewakili Dr Zakir Naik, pendakwah terkenal dunia dalam menangani kes permohonan red corner notis dan ekstradisi oleh Kerajaan India terhadap beliau.[5]
  5. Mewakili seorang yang mengaku dirinya sebagai “Sultan Melaka Darul Islam” Mahkamah Sesyen Melaka atas 4 pertuduhan jenayah kerana menipu dengan jalan samaran. Mahkamah Sesyen Melaka telah melepas dan membebaskan tertuduh pada 2 Julai 2018 apabila memutuskan Pendakwaan telah gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap tertuduh.[6][7]
  6. Mewakili peguam Kamal Hisham Jaafar yang dituduh melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM216,000.00 ketika beliau menjadi Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd bersama seorang lagi Pengarah iaitu DYMM Sultan Ibrahim Iskandar yang juga merupakan Sultan Negeri Johor. Kes ini telah selesai perbicaraan Mahkamah Sesyen Johor Bahru apabila DYMM Sultan Johor mengampunkan Sdr Kamal Hisham Jaafar.[8][9]
  7. Mewakili bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Dato Hasanah Abdul Hamid dalam kes tahanan Reman beliau oleh SPRM. Kes ini sedang dalam perbicaraan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>
  8. Menjadi peguam mewakili 4 orang bekas Ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang dihadapkan ke Tribunal Khas Perlembagaan.[10]
  9. Menjadi peguam kepada Puan Sri Sabariah Bt Mohd Sharif, seorang pengundi DUN Semenyih mencabar keabsahan Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan PRK DUN N24 Semenyih kerana pada ketika mesyuarat SPR pada 18 Januari 2019, SPR hanya dianggotai oleh seorang Pengerusi sahaja.[11]
  10. Menjadi Plaintif dalam Tindakan Saman terhadap Kerajaan Malaysia di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keabsahan Sekolah Vernakular.[1]

Kegiatan NGO

  1. Sdr Azam ialah Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan pada 5 November 2008, GGMM pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas isu penggunaan papan tanda jalan pelbagai bahasa Pulau Pinang yang menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.[12]
  2. Sdr Azam juga ialah Penasihat Undang-Undang kepada Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) dan menjadi satu-satunya individu yang Berjaya menyerahkan Memorandum menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2 Ogos 2009 ketika demo besar-besaran gerakan GMI yang ingin memansuhkan ISA.[13]
  3. Sdr Azam juga menjadi Fasilitator Gerakan Rakyat Menyokong Akta Hasutan 1948 dan mengadakan siri jelajah penerangan berkaitan Akta Hasutan ke seluruh negara bersama tokoh-tokoh keselamatan negara seperti Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Zaman Khan, Tan Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman dan Tan Sri Rahim Noor. Kesannya hasil desakan dan sokongan netizen, kerajaan telah membatalkan cadangan memansuhkan Akta Hasuta 1948 dan dipinda untuk penambahbaikan.

Kegiatan Politik

  1. Sdr Azam telah menjadi Calon Bebas Parlimen P100 Pandan pada Pilihanraya Umum ke-14 dengan menggunakan logo Rumah. Pertandingan 5 penjuru Pandan itu menyaksikan beliau hanya memperolehi 73 undi dan kerusi Pandan dimenangi oleh Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.[14]
  2. Sdr Azam telah bersama-sama Dato Ibrahim Ali menubuhkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang telah di luluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Mei 2019. Beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Penaja PUTRA, Pengerusi Perhubungan PUTRA Negeri Selangor, Pengerusi Biro Aduan Awam PUTRA dan Pengerusi Biro Undang-Undang PUTRA.

Rujukan

Pautan luar