Mohd Khairul Ikhwan Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ikhwan
KelahiranMohd Khairul Ikhwan bin Rosli
(1983-10-06) 6 Oktober 1983 (umur 35)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainNawhki
PekerjaanPenyampai radio, pengacara, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2006–kini
Majikan
PasanganNor Hidayu Mohd Shari (berkahwin 2017)
Anak2

Mohd Khairul Ikhwan Rosli (lahir 6 Oktober 1983) atau lebih dikenali sebagai Ikhwan merupakan seorang penyampai radio, pengacara, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2006-16) dan Kool FM (2016-17).[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ikhwan dilahirkan pada 6 Oktober 1983 di Kuala Lumpur kepada pasangan Rosli Ali dan Hasnah Ibrahim (meninggal 1995). Beliau merupakan anak kelima dari enam beradik, adik bongsunya Erna Elliyana ialah seorang penyanyi. Ibu beliau, Hasnah merupakan pelakon terkenal era 80-an.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Hot FM sewaktu stesen radio itu mula beroperasi pada 15 Januari 2006. Ikhwan merupakan salah seorang penyampai terawal bersama Faizal Ismail, Farah Fauzana, Muhammad Azmir Selamat (AG) dan Sharifah Aleya. Semasa tempoh berkhidmat di Hot FM, beliau mengendalikan rancangan Hot FM Jam dan Hot FM Prelud.

Ikhwan bersama-sama AG dan Liza Khairudin menyertai Kool FM pada Mac 2016 selepas 10 tahun berkhidmat di Hot FM. Beliau menamatkan khidmatnya Kool FM pada 24 November 2017.[2]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, Allahyarhamah Hasnah Hashim, Ikhwan mula berkecimpung dalam bidang lakonan seawal usia 10 tahun. Beliau ditawarkan berlakon dalam sitkom bertajuk Kawan arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3 pada 2006. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak utama dalam sitkom Bong, yang berjaya melonjakkan nama dan bakat Ikhwan.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Ikhwan juga berbakat dalam bidang muzik dan menggunakan nama "Nawhki" dalam kerjaya muziknya. Beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk lagu "Sudah-Sudah" nyanyian kumpulan pop Singapura, Dynda.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Nor Hidayu Mohd Shari pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan anak perempuan bernama Nur Aiira Orked. Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Mohd Isaac Iman dari perkahwinan pertama isterinya.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • FLO: Freedom, Love Life, On It! (2006)
  • Kawan (2006)
  • Bong (2009)
  • Gerak Khas Episod: "Kifarah" (2019)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • "Sudah-Sudah" (Dynda menampilkan Ikhwan; 2013)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (29 Jun 2018). 12 tahun cukuplah Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (25 November 2017). Ikhwan tinggalkan Kool FM Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Disember 2016). Ikhwan pilih bersederhana Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]