Pergi ke kandungan

Mohd Khalid Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Khalid Ismail
محمد خالد اسماعيل
Mohd Khalid pada 2025
Ketua Polis Negara Malaysia
Menyandang jawatan
23 Jun 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
TimbalanAyob Khan Mydin Pitchay
(2023-2026)
Ibrahim Darus
(pemangku)
Didahului olehRazarudin Husain
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman
Dalam jawatan
10 April 2023  20 Jun 2025
Raja Pahang Sultan Abdullah
Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
Didahului olehBaharuddin Ahmad
Digantikan olehIbrahim Darus
Maklumat peribadi
Lahir (1965-04-08) 8 April 1965 (umur 61)
Manong, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
PasanganPuan Sri Datin Seri Panglima Munirah Che Rose
Anak3
PendidikanSK Manong
SMK Clifford
Tempat belajarInstitut Teknologi MARA (Dip)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB, MCL)
PekerjaanPegawai polis
Kerjaya kepolisan
Kesetiaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Branch Polis Diraja Malaysia
Tahun berkhidmat1987–kini
Pangkat
Inspector-General of Police

Mohd Khalid bin Ismail (Jawi: محمد خالد بن اسماعيل; lahir 8 April 1965) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara ke-15 bermula 23 Jun 2025.[1] Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada April 2023 hingga Jun 2025.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohd Khalid bin Ismail dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Mohd Khalid mendapat pendidikan awal di SK Manong, Manong dan SMK Clifford, Kuala Kangsar. Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Institut Teknologi MARA (ITM)[nota 1] dan memperoleh Diploma Pentadbiran Awan pada tahun 1986. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 2008 dan Ijazah Sarjana dalam Perbandingan Undang-Undang pada tahun 2013.[2]

Kerjaya kepolisan (1987–kini)

[sunting | sunting sumber]

Mohd Khalid memulakan latihan sebagai Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Kemudian, beliau memulakan kerjayanya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 5 April 1987 selepas menamatkan latihan Kepolisan Am pada tahun yang sama. Jawatan pertamanya ialah di bahagian cawangan khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di mana beliau mula membina kepakarannya dalam perisikan dan keselamatan negara.[2]

Selama bertahun-tahun, Mohd Khalid berkhidmat dalam pelbagai peranan di Bukit Aman, dalam kontinjen polis negeri dan di luar negara. Beliau juga dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) di London, United Kingdom.[2]

Mohd Khalid kemudiannya menjadi Timbalan Pengarah Cawangan Khas I di Bukit Aman sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Khas itu pada 10 April 2023. Beliau bersara pada 8 April 2025 tetapi terus berkhidmat sebagai pengarah cawangan khas itu secara kontrak.[2]

Pada 23 Jun 2025, Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) untuk tempoh dua tahun sehingga 22 Jun 2027. Pelantikannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan berdasarkan syor Suruhanjaya Pasukan Polis.[2] Beliau menjadi KPN pertama yang dilantik tanpa pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (TPKN), tidak seperti kebanyakan pendahulunya.[nota 2]

Kontroversi dan isu

[sunting | sunting sumber]

Tuduhan ahli PKR oleh Sinar Harian

[sunting | sunting sumber]

Pada hari Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara oleh KPN ke-14, Razarudin Husain kepada KPN ke-15 dan baharu, Mohd Khalid, Sinar Harian telah menerbitkan satu gambar biodata di laman Facebook yang mengatakan bahawa Mohd Khalid merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dalam gambar tersebut, Mohd Khalid dikatakan bahawa beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah dan AJK UMNO Sungai Petani, Kedah. Walau bagaimanapun, Sinar Harian memohon maaf dan menyunting semula gambar biodata tersebut. Pada keesokan harinya, Fuziah Salleh, Setiausaha Agung PKR telah menafikan bahawa Mohd Khalid merupakan ahli PKR seperti yang dituduh Sinar Harian.[3][4][5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mohd Khalid telah mendirikan rumah tangga dengan Munirah Che Rose dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Anugerah di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Luar Negara

[sunting | sunting sumber]
  1. Kini, universiti ini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau singkatannya UiTM.
  2. Abdul Hamid Bador dan Mohamad Fuzi Harun dikecualikan kerana mereka berdua telah berkhidmat sebagai pemangku TPKN sebelum pelantikan mereka berdua sebagai KPN.
  1. "Khalid Ismail dilantik sebagai KPN baharu". Free Malaysia Today. 20 Jun 2025. Dicapai pada 22 Jun 2025.
  2. 1 2 3 4 5 "Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara yang baharu". Malaysia Gazette. 20 Jun 2025. Dicapai pada 20 Jun 2025.
  3. "KPN Mohd Khalid tak pernah jadi ahli PKR - Fuziah". Berita Harian. 21 Jun 2025. Dicapai pada 22 Jun 2025.
  4. "PKR Kesal Kesilapan Maklumat Salah Terhadap KPN". Bernama. 21 Jun 2025. Dicapai pada 22 Jun 2025.
  5. "PKR clarifies new IGP not PKR member". The Star. 21 Jun 2025. Dicapai pada 22 Jun 2025.
  6. Bernama (1 Jun 2026). "Ketua Hakim Negara dikurnia gelaran Tun, dahului senarai penerima pingat sempena Hari Keputeraan Agong Sultan Ibrahim". Berita Harian.
  7. "Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis". Berita Harian. 2 November 2023. Dicapai pada 20 Jun 2025.
  8. "Panglima ATM, Ketua Polis Negara dahului senarai penerima pingat Sultan Kedah | Berita Harian". www.bharian.com.my. Dicapai pada 2026-07-05.
  9. "Deputy IGP heads list of Pahang Sultan's birthday awards and honours list". The Star (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2023.
  10. Shahrinnahar Latib (7 Disember 2018). "178 terima darjah kebesaran serta pingat Pahang". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2025.
  11. Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (2025-11-07). "KSN dahului senarai 238 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Nazrin". Berita Harian. Dicapai pada 6 November 2025.
  12. Zahratulhayat Mat Arif (1 November 2024). "Keeper of Rulers' Seal heads list of Perak state award recipients" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 20 Jun 2025.
  13. Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (31 Oktober 2024). "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ketuai 213 senarai penerima pingat". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2025.
  14. Noor Sara Mohamad Hanif (17 May 2026). "Raja Muda Perlis dahului senarai 24 penerima darjah kebesaran". Berita Harian.
  15. Izwan Abdullah (29 Mac 2026). "Tokoh korporat, Ketua Hakim Negara, KPN penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah". Berita Harian.