Mohd Khusairi Abdul Talib
Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib DPMP (Perak) | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Slim | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 15 Julai 2020 | |
Didahului oleh | Junus Wahid |
Digantikan oleh | Mohd Zaidi Aziz |
Majoriti | 2,183 (PRU-14) 3,853 (PRU-13) 3,526 (PRU-12) 4,875 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Khusairi bin Abdul Talib 20 Januari 1961 |
Mati | 15 Julai 2020 Hospital Bentong, Pahang | (umur 59)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak |
Parti politik | BN-UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd. Khusairi bin Abdul Talib (Jawi: محمد خساءيري بن عبدالطالب; 20 Januari[perlu rujukan] 1961 – 15 Julai 2020) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Slim selama empat penggal (2004-2020). Kematian beliau ketika menyandang menyebabkan Pilihan raya kecil Slim 2020.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerajaan | Undian | Pembangkang | Undian | Majoriti | % Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 8,318 | Mohd Tarmizi Ab Rahman (PAS) | 3,443 | 4,875 | 72.27% | ||
2008 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 8,233 | Zulqarnain Hassan (PAS) | 4,707 | 3,526 | 75.52% | ||
2013 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 11,152 | Mosses a/l Ramiah (Bebas) | 200 | 3,853 | 85.20% | ||
Aminuddin Zulkipli (PAS) | 7,299 | |||||||
2018 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 8,327 | Mohd. Amran Ibrahim (PH) | 6,144 | 2,183 | |||
Muhammad Zulfadli Zainal (PAS) | 4,103 |
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia di Hospital Bentong akibat serangan jantung pada 15 Julai 2020.[1] Beliau rebah ketika sedang bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort pada pukul 2.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Bentong 10 minit kemudian. Beliau disahkan mati pada pukul 4.15 petang.[2] Pada malam harinya, jenazah beliau dibawa ke rumah ibunya di FELDA Sungai Behrang, Slim River. Pada keesokan harinya, jenazah beliau disembahyangi di Masjid ar-Rahmaniah FELDA Sungai Behrang pada pukul 8.30 pagi lalu dikebumikan pada pukul 9.20 pagi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Behrang.[3]
Kematian beliau telah mengakibatkan berlakunya sebuah pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan jawatan ahli Dewan Undangan Negeri Perak.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "ADUN Slim meninggal dunia". MalaysiaGazette. 15 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
- ^ BERNAMA (15 Julai 2020). "PM ucap takziah atas pemergian Khusairi". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2021. Dicapai pada 22 Januari 2021.
- ^ Balqis Jazimah Zahari (16 Julai 2020). "Jenazah ADUN Slim dikebumikan". BH Online. Foto oleh Sharul Hafiz Zaman. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ "Penamaan calon PRK DUN Slim hari ini". Astro Awani. 15 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 22 Januari 2021.
- Tunas orang Malaysia
- Kelahiran 1961
- Kematian 2020
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Kematian akibat serangan jantung
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-11
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-12
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-13
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-14