Mohd Lotfi Ariffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ustaz Mohd Lotfi Ariffin atau 'Abu Afghan' (46 tahun) merupakan rakyat Malaysia yang terbunuh menentang kerajaan Presiden Syria , Basyar al-Assad di Syria pada 14 September 2014. Beliau cedera parah dalam serangan jet pejuang tentera Basyar al-Assad. Pemimpin pejuang rakyat Malaysia di Syria, Mohd. Lotfi Ariffin, 46, meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki selepas lima hari berada dalam keadaan koma . Bom dari jet pejuang mengenainya pada 9 September 2014.

Mohd. Lotfi berasal dari Kuala Ketil, Kedah , merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah. Beliau merupakan bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan dibebaskan pada 2006.

Koma dan meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Ustaz Lotfi telah pergi ke Syria pada 14 Februari 2014 . Konflik di Syria pada 2011 'menjemput' umat Islam dari seluruh dunia . Dianggarkan ribuan rakyat Eropah termasuk lebih 100 rakyat AS, 500 rakyat Britain dan beratus-ratus rakyat Perancis menyertai kumpulan militan berperang di Syria. Peperangan itu dikatakan antara golongan Sunni dengan Syiah. Sebenarnya ia adalah perang saudara di Syria. [1]

Dia merupakan pemimpin pejuang bagi rakyat Malaysia di Syria. Mereka diserang menggunakan bom 'drum' yang dilemparkan oleh pesawat tentera Bashar Al-Assad ketika cuba memasuki kawasan perang. Lotfi Ariffin telah dibawa untuk menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya amat kritikal .Dalam pertempuran itu, Mohamad Fadlan Shahidi Mohammad Khir (21) turut maut manakala lima yang lain termasuk Ustaz Lotfi mengalami kecederaan. Mereka yang cedera kini stabil dan hanya mengalami cedera ringan. Setakat ini empat rakyat terbunuh di negara bergolak iaitu tiga di Syria manakala seorang di Iraq.

Turut terbunuh ialah Zainan Harith, 52, atau Mat Soh juga dikenali Abu Turab yang mati dibedil oleh kereta kebal Bashar al-Assad pada 20 Ogos 2014 dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei 2014. Mohd. Rafi Udin, 48 dan Zainuri Kamarudin, 47 cedera parah.

Jenazah Mohd. Lotfi dibawa semula ke Syria untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kafr Zatay berhampiran kubur Mohamad Fadlan Shahidi dan Zainan Harith.[2]

Pendirian PAS[sunting | sunting sumber]

Keahlian Lotfi dalam PAS ditamatkan oleh AJK PAS Pusat pada 11 Mei 2014 secara diam-diam sebelum namanya tersebar di media massa .Namun PAS secara terbuka menghargai Lotfi walaupun parti itu sendiri mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menghormati keputusan Lotfi untuk terus terlibat dalam perang di Syria. Ramai umat Islam dari seluruh pergi ke Iraq dan Syria bagi menyokong kumpulan militan Negara Islam menentang rejim Basyar dan Iraq.

Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz turut berkongsi "sepotong nasihat" dari Lotfi dalam ucapannya.

Pada 18 September 2014, Persidangan Dewan Ulama PAS bertafakur seketika dan menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada bekas anggotanya, Mohd Lotfi Ariffin. Perwakilan Perak, Norazli Musa menggesa agar doa dipanjatkan kepada Lotfi yang didakwa mati syahid.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 September 2014, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin membantah tindakan PAS yang memberi penghormatan keada Md Lotfi Ariffin. Ini jelas mempamerkan ekstremisme PAS. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]