Mohd Misbahul Munir Masduki
YB Ustaz Haji Mohd Misbahul Munir Masduki KMN; | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Parit Buntar, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mujahid Yusuf Rawa |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd Misbahul Munir bin Masduki (1963-06-01) 1 Jun 1963 (umur 59) Selekoh, Perak |
Parti politik | PAS |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Pekerjaan | Ahli politik, pendakwah |
Ustaz Mohd Misbahul Munir bin Masduki KMN, adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh. Dalam pilihanraya, beliau telah bertanding 6 kali sejak tahun 1999 di Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Hutan Melintang (2018) dan yang terakhir pada tahun 2022 di P 057 Parit Buntar, Perak. PRU ke 15 baru ini, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat Ijazah Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1987, dan Master Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. Semasa belajar di UKM, Bangi 2003, beliau menulis tesis bertajuk 'Konsep Negara Islam Yang Diperjuangkan Oleh PAS Dalam Konteks Politik Malaysia Hari Ini'. Kajian ini lebih memfokuskan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun begitu pengkaji juga turut membincangkan ideologi, dasar, matlamat dan perjuangan PAS.
Beliau juga bergerak aktif dalam NGO dan berjawatan sebagai Timbalan Presiden Muktamar Dakwah Malaysia (MDM), Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia), dan Pengerusi Pertubuhan Aman Sejahtera Perak. Beliau begerak aktif dalam kegiatan dakwah, pendidikan, kemanusian dan kebajikan. Terlibat juga dalam Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) sebagai Pengerusi Kluster Dakwah Sabah dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Ummad & Wanita & Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pertubuhan Dakwah Malaysia (MSYPDM). Dalam pendidikan beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (guru) di beberapa buah sekolah di Perak.
Terkini beliau merupakan Ahli Parlimen di Parit Buntar dan masih lagi sebagai Pengetua Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang beroperasi di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor.
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]
Malaysia:
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||