Mohd Na'im Mokhtar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YAA Prof Adjung Dato' Setia Dr.

Mohd Na'im Mokhtar

SSIS, DPMS (Selangor); AMN; BSK (Kelantan); PhD
Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie ke-4
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Memegang jawatan
26 Mac 2019
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehDato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1967-11-25) 25 November 1967 (umur 53)
Kampung Baru
 Kuala Lumpur
PasanganDatin Nik Roslini Raja Haji Ismail
Anak-anak3
ProfesionHakim dan Peguam

YAA Prof Adjung Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar (lahir 15 November 1967) adalah merupakan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia[1] Beliau menerima watikah perlantikan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.[2]

Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Nik Roslini Raja Haji Ismail[3] dan dikurniakan dengan 3 orang anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang(LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.[4]

Tiga buah universiti awam telah melantik beliau sebagai Profesor Adjung. Bermula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa bagi sesi 2016 hingga sesi 2018 , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 hingga sesi 2019 sehinggalah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 sehingga sekarang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Hakim Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia pada 1 Julai 2017. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor. Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lantikan dalam jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjaya beliau, pelbagai jawatankuasa telah disertainya:

  1. Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil 2019 sehingga sekarang
  2. Pakar Penasihat Mualamat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016 – 2018
  3. Ahli Panel Majlis Perunding Islam Malaysia 2016 – 2018
  4. Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2016 – 2017
  5. Ahli Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah
  6. Pengerusi Jawatankuasa Hakam 2015-2017
  7. Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie 2015 – 2017
  8. Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah 2015 – 2017
  9. Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor
  10. Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor 2015 – 2017

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]