Mohd Nizam bin Haji Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dilahirkan pada 13 Jun 1971 di Melaka. Anak ke 9 daripada 10 orang beradik yang mempunyai 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Ayah beliau meninggal dunia semasa beliau di bangku sekolah lagi dan ibunya membesarkan mereka adik-beradik sehingga berjaya.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Nor Aishah binti Mohd Ali dan dikurniakan seorang puteri Nor Aqilah binti Mohd Nizam.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan awal beliau di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Melaka, pada tahun 1978 sehingga 1983. Setelah menunjukkan keputusan yang cemerlang, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Turut mengikuti Kursus Pengurusan Dakwah dan Penggubalan Fatwa di Darul Ifta Mesir, 2008 dan Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di Westminster Kingsway College, London pada 2015.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada November 1995. Pengalaman bertugas beliau adalah seperti berikut :

  • November 1995 - Mac 1996 : Unit Dakwah & Kebajikan, Unit Pembangunan & Pelaburan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  • April 1996- September 2002 : Pengetua Kompleks Anak-Anak Yatim Darul Kifayah, Dar Assaadah dan Darul Hanan
  • Oktober 2002 - Jun 2003 : Pengetua Kompleks Dar Assaadah dan Darul Hanan
  • Julai 2003 - Januari 2009 : Pengetua Kompleks Darul Kifayah
  • 2009 - 2013 : Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP
  • 2013 - 2018 : Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP
  • April 2018 : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 2017
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 1999, 2004, 2011 dan 2016.
  • Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) daripada Tuan Yang Terutama Di-Pertuan Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sempena sambutan ulang tahun ke-74 Tuan Yang Terutama Di-Pertuan Negeri Melaka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]