Mohd Noor Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Noor Kadir
Kelahiran
Mohd Noor bin Abd Kadir

1953 (1953)
Meninggal dunia29 Julai 2022 (berumur 68–69)
Kuala Lumpur, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ibukota
PekerjaanPenerbit televisyen
Tahun aktif1973–2022
PasanganRabuzah Aksah
Anak-anak6

Mohd Noor Abd Kadir (1953 – 29 Julai 2022) merupakan seorang penerbit televisyen Malaysia dan pengasas syarikat penerbitan televisyen, Kuasatek Pictures yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.[1][2] Beliau dikenali sebagai pencetus revolusi dalam penghasilan drama komersial di stesen televisyen tempatan dan juga dikenali sebagai "taiko" drama Melayu.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengasas dan Pengarah Urusan Kuasatek Pictures,[4] Mohd Noor pernah menerbitkan beberapa drama TV seperti Cinta Korporat, Marabbuka, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal dan Kama Sutra pada era 1990-an. Kebanyakan drama yang diterbitkannya memilih lokasi penggambaran di luar negara. Mohd Noor turut bertanggungjawab menggilap bakat ramai pelakon termasuk Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan Haliza Misbun. Beliau dinyatakan berkata: "Saya bermula dari bawah. Saya tak tahu langsung pasal drama dan dunia hiburan ketika memulakan produksi pembikinan drama televisyen,".[5]

Impak dari mutu karya sentuhan Mohd Noor menjadikan Kuasatek Pictures sebagai antara syarikat penerbit drama terkenal yang sentiasa dinantikan penonton. Beliau pernah meninggalkan dunia seni bagi memberi tumpuan kepada syarikat kejuruteraan, namun, kembali menerbitkan beberapa drama selepas lima tahun.[3][6]

Kehidupan peribadi dan kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Rabuzah Aksah dan dikurniakan 6 anak.[3]

Beliau meninggal dunia pada 29 Julai 2022 akibat kanser tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 1.57 pagi pada usia 69 tahun.[7] Mohd Noor sebelum ini pernah menjalani pembedahan jantung pada Jun, namun dimasukkan semula ke HKL akibat pembengkakan jantung dan paru-paru berair selain mengalami beberapa komplikasi penyakit.[8] Jenazah beliau dibawa ke Madrasah Iktisamiah Taman Melati untuk urusan mandi dan solat jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota pada hari yang sama. Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Yusof Haslam, Jalaluddin Hassan, Khir Mohd Noor, Ahmad Idham, U-Wei Hj Saari, Sidi Oraza, Umie Aida, Erma Fatima dan Vanidah Imran.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biar tak untung, asal jangan rugi". Berita Minggu. 2 Mei 1999. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  2. ^ "Harus jujur cari ilham". Harian Metro. 22 Oktober 2017. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  3. ^ a b c Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed; Serimah Mohd Sallehuddin (30 Julai 2022). "Perginya 'taiko' drama TV". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  4. ^ Roslen Fadzil (18 Februari 1997). "Kuasatek Pictures makin gagah". Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  5. ^ Abie Abdullah (22 Jun 1997). "Kuasatek sinonim kualiti". Metro Ahad. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  6. ^ Akmal Abdullah (27 Februari 2003). "Kenapa Mohd Noor berhenti terbit drama TV?". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Julai 2022). "Mohd Noor Kadir meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  8. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (29 Julai 2022). "Mohd Noor Kadir meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  9. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (29 Julai 2022). "Jenazah Mohd Noor Kadir selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Julai 2022). "Jenazah Mohd Noor Kadir selamat dikebumikan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]