Ezad Lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Rohaizad b Mohd Lazim)
Ezad Lazim
Nama lahirMohd Rohaizad bin Mohd Lazim
Kelahiran (1979-11-30) 30 November 1979 (umur 44)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
GenrePop Rock
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal ▪︎ gitar
Tahun aktif1993–kini
Syarikat rakaman
Ada Exists Sdn Bhd
Universal Music Malaysia
MVM Production
(2011-2018)
Broadway NuMusic (2019)
DATU Entertainment (2020)
NAR Records (2021)
Pengkarya berkait
Exists
Laman sesawang
http://facebook.com/EzadLazimOfficial
http://instagram.com/ezadlazim
http://twitter.com/EzadLazim
PasanganNor Azeana Haji Ramli (k. 2013)
Anak-anakPuteri Rania Kiesha
Putra Muhammad Darwish
Ibu bapaMohd Lazim Ismail (bapa)
Rosadah Jahaya (ibu)

Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim[1] atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists[2] menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas beliau meninggalkan kumpulan Exists pada tahun 2007.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ezad telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan keluarganya, Nor Azeana Haji Ramli pada 30 Mac 2013, tepat jam 10:40 pagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Puteri Rania Kiesha dan Putera Muhammad Darwish.

Ezad juga mempunyai seorang anak saudara yang turut mengikut jejak langkahnya dalam industri muzik bernama Mohd Rozaimi Rosli atau lebih dikenali sebagai Along Zaimi. Bakat Along dicungkil menerusi program realiti anjuran TV3 iaitu Mentor Milenia pada tahun 2017. Along juga telah menamatkan pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album solo[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Solo
Tahun Judul Album
2002 "Renyai Di Hati" Single
2006 "Kau Yang Terpaling Ku Cinta"
2010 "Bertemu Cintaku"
"Mengharap Bintang" Mengharap Bintang
2012 "Percintaan Ini"
2013 "Kerana Kamu" Single
2016 "Demi Cinta" OST Umairah
2017 "Kuasa Cinta"
2018 "Kesetiaan Cinta"
2019 "Luahan Cintaku"
2020 "Leka"
2021 "Jarak Waktu"
2022 "Bidadari"
Duet/Kolaborasi
Tahun Judul Artis duet Album
1999 "Andang Cintaku Menyala" Safura Ya'cob Single
2000 "Dua Insan" Iva
2015 "Hati Mati" RJ
"Cinta Terakhir" W.A.R.I.S
2018 Anak Merdeka Artis MVM MUSIC
2019 "Lima Aksara" Zamani
2019 "Gelora Rindu" Idayu
2020 "Sampai Syurga' Idayu
2021 "Celup" Red Rahimad
Tasbih Bergema Dihari Raya Muniff Hijjaz
"Terus" Simfoni
Lagu Rasmi Hari Sukan Negara 2021 Ewal (Kristal), Sarah Suhairi
2022 "Meski" Nana Karia
2022 "Mengintai Dari Tirai Kamar" Amsyar Lee
2023 "Akira" Salma Asis
2023 "Kasihku Abadi" In-Team

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Mami Jarum Ezad Filem pertama
2003 Mistik Hakim
Mami Jarum Junior Ezad
2004 Tangkai Jering Hashim

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Tak Sangka No!
2016 Veteran Rock Latiff TV9
Kecoh Mami Jarum Beraya
2021 Kuba Guling Karipap Pusing! Awesome TV
Balik Ke Idak ? Astro Ria

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Husin TV3
Misi Anak Bulan Rosli TV9

Lagu Hasil Ciptaan[sunting | sunting sumber]

Dari Album EXISTS[sunting | sunting sumber]

Tahun Album Tajuk Lagu Komposer Lirik
1995 Diammu Gunung Berapi Dalam Kenangan Ezad Eta
1997 Jangan Gentar Larilah Larilah Ezad, Ujang, Along, Mus Kristo Bimbo
Cari Beli Pinjam Api Ezad, Ujang, Along, Mus Kristo Bimbo
1998 Mutan Hero (Siapa Dia...?) Along, Ezad, Musa, Ujang Roshi Lee
2001 Ada Kau Akan Pulang Ezad Musrad
Konklusi Exists Musrad
Frustasi Ezad Musrad, Tembakau

Artis lain[sunting | sunting sumber]

NAMA ARTIS TAHUN TAJUK LAGU SEBAGAI
New Boyz 1999 Masih ada cinta Komposer

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Ezad Lazim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2 pada tahun 2015. Berikut persembahan beliau sewaktu bertanding didalam Gegar Vaganza;

Konsert Tema Tugasan Lagu Ked.
Minggu 1 Kembali Menyengat "Mengintai Dari Tirai Kamar" nyanyian Exists 1
Minggu 2 Aku Dan Lagu "Butakah Cinta" nyanyian Spring 3
Minggu 3 Ada Bran? "Mengerti" nyanyian KRU 8
Minggu 4 Duet "Di Sebalik Rahsia Cinta" nyanyian Metropolitan (duet Adira) 9
Minggu 5 Hits Vaganza "Gerhana Cinta Luka" nyanyian Iklim 3
Minggu 6 Kenangan Terindah "Cinta Melankolia" nyanyian Aan 2
Minggu Suku Akhir Rockdut (Rock + Dangdut) "Nakal" nyanyian Gigi 5
Minggu Separuh Akhir Karok Tarik "Tiada Lagi Kidungmu" nyanyian Lefthanded 3
Minggu Akhir Solo "Nur Nilam Sari" nyanyian Search & Awie (solo) Tempat Ketiga
Battle "Apa Khabar" nyanyian Joe Flizzow & SonaOne (battle Haiza)

All Stars Gegar Vaganza 2023[sunting | sunting sumber]

Ezad terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Ezad membawakan single Slam iaitu lagu Kembali Terjalin.

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat Kembali Terjalin Slam Ke-9
Minggu 2 Nyanyi Ikut Tekak Sendiri Potret Akim & The Majistret Akan Dikemaskini

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Keputusan Catatan
2015 Gegar Vaganza 2 Menang Pemenang tempat ketiga.
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Tersingkir Tempat ke-10 bersama Kumpulan BOS.
2019 Muzikal Lawak Superstar Menang Juara bersama Kumpulan Heart.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mahu dikenali Ezad Lazim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2015-10-27.
  2. ^ Rezeki Exist 
selepas berpecah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]