Mohd Sabri Zulkepli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mohd Sabri Zulkepli (24) merupakan orang kedua dihukum sebat kerana minum arak di Pahang selepas Kartika Sari Dewi Shukarnor. Dia mengaku salah minuman haram itu di kompleks beli belah Kuantan Parade pada 13 Februari 2010, jam 5.30 petang dan didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1987.

Mohd Sabri merupakan tukang masak Maahad Tahfiz, Kuantan, Pahang. Masih belum berkahwin. Dia meminta hukuman diringankan diringankan memandangkan pendapatannya sebagai tukang masak hanyalah RM550 sebulan. tidak ada peguam mewakilinya. Pada 18 Februari 2010, dia mengaku tidak bersalah tetapi pada 13 Mac 2010 mengaku bersalah dan pada 24 Mac 2010 masih kekal mengaku bersalah.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos telah menjatuhkan hukuman sebat berdasar peruntukan undang-undang sedia ada.Hukuman penjara itu berkuatkuasa bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Februari 2010. Hukuman sebat dilaksanakan semasa tertuduh menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syarie Farhana Md Yusuf. [1]

Perbandingan kes[sunting | sunting sumber]

Sultan Pahang telah meringankan hukuman 6 sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Shukarnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah,[ Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.

Pada 2 April 2010, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) sebuah NGO Islam dukacita dengan arahan Sultan ketika pesalah mahu hukuman sebat sharie dilaksanakan.

Sultan merupakan ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. PPMM khuatir titah sultan itu tiada keabsahan undang-undang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]