Mohd. Salleh Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Salleh Man)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Ustaz

Mohd. Salleh Man
Salleh-man.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
25 Ogos 2009
Didahului oleh Mohd Hamdan Abdul Rahman
Majoriti 4,551

Bangsa Malaysia
Parti politik PAS logo.svg PR-PAS
Anak 5
Pekerjaan Ahli akademik, Ahli politik
Agama Islam

Yang Berhormat Dato' Ustaz Mohd Salleh Man adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat kerajaan Negeri, beliau merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sudah beristeri dan mempunyai 5 orang cahaya mata.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

YB Ustaz Salleh Man mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Beliau juga mempunyai kelulusan 5 Thanawi yang dipelajarinya dari Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Seberang Perai. Selepas pengajian menengah beliau pergi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya.

Pengalaman Kerja[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Masjid dan juga menjadi penceramah Bebas. Beliau juga pernah menjadi pengurus sekolah swasta.

Jawatan Dalam Parti[sunting | sunting sumber]

Di antara jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau termasuklah:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]