Mohd Shafie Bin Ngah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mohd Shafie bin Ngah
Ahli Dewan Undangan Negeri N26 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului olehYg Bhg. Dr Shafie Abu Bakar (PAS)
Butiran peribadi
Lahir21 Ogos 1966
Sekinchan , Selangor
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
HubunganBerkahwin
Anak-anak5 Orang (4 Lelaki 1 Perempuan)
Laman sesawangShafie Ngah

Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Shafie Ngah adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pengalaman Bekerja[sunting | sunting sumber]

Pensyarah UiTM Shah Alam (1990 - 1992)

  • Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajran ke luar negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom di Pusat Pengajian Persediaan UiTM dalam subjek Akidah, Syariah, Akhlak dan Fiqh Kekeluargaan Islam.

Pensyarah sambilan Universiti Malaya (1992 - 1994)

  • Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar Sarjana Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam subjek Muamalah, Perniagaan dan Pemikiran Politik Islam.

Peguam Syarie (1995 - 2013)

  • Selama 19 tahun berpengalaman mengendalikan urusan Undang-undang Islam, Undang-undang Prosedur dan Undang-undang Pentadbiran di Mahkamah Syariah, urusan kaunseling rumah tangga, penyelesaian pembahagian harta dan lain-lain kes di Mahkamah-mahkamah Syariah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu.

Pengalaman Rundingcara[sunting | sunting sumber]

  • Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & PeguamCara Syariah) (Januari 2011 - 2013)
  • Partner kepada Tetuan A.B.,Sidek & Co (Peguambela & Peguamcara) sebagai Ketua Jabatan Syariah Petaling Jaya (1995 - 2010)
  • Consultant untuk Mohd Jamal Awang Agency (MAA Insurance & Takaful) Kuala Lumpur (2006 - 2013)
  • Penasihat Syariah untuk Perniagaan Tajeri (Trading & Construction) Kuala Lumpur (2007 - 2008)
  • Consultant untuk As-Syafiey Runding (Perunding Wasiat), Kuala Lumpur (2007 - 2008)

Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999 - sekarang)
  • Ahli Jawatankuasa Protem, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999)
  • Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Jalan 2, Bandar Baru Bangi (2000 - 2005)
  • Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
  • Pengerusi, Persatuan Penduduk Jalan 7/3 Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
  • Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (2008 - 2013)

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding buat kali pertama pada Pilihanraya Umum Ke-13 di Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi.

YB Ustaz Hj. Mohd Shafie telah berjaya menewaskan calon dari Parti UMNO, Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria iaitu rakan sekelasnya di Universiti Malaya dahulu [1] yang juga seorang Peguam Syarie dengan majoriti 11,838 undi.

Keputusan Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Selangor: N26 Bangi[2]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
2013 Mohd Shafie bin Ngah (PAS) 29,200 62.0% Mohd Zaidi Bin Md Zain @ Zakaria (UMNO) 17,362 36.0%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kami tetap kawan, Harian Metro Dicapai pada 20 April, 2013
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum - Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 2013-05-13. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Facebook:

Laman web:

Berita: