Pergi ke kandungan

Mohd Shamsudin Lias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Shamsudin Lias
Ahli Dewan Negeri Selangor
bagi Sungai Burong
Dalam jawatan
2004–2023
Didahului oleh Hasan Mohd Ali[1]
Digantikan oleh Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Majoriti2,330 (PRU-14)
3,013 (PRU-13)
2,710 (PRU-12)
Ketua Pembangkang
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
20 Jun 2013 – 9 Disember 2014
Didahului oleh Mohamad Satim Diman
Digantikan oleh Rizam Ismail
Maklumat peribadi
Lahir (1953-12-15) 15 Disember 1953 (umur 72)
Kampung Kunci Air Buang, Tanjong Karang, Selangor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PekerjaanAhli politik

Dato' Mohd Shamsudin bin Lias (lahir 15 Disember 1953) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Burong selama empat penggal (2004-2023).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohd Shamsudin yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 8,741 undian ketika menentang Mohd Zamri Mohd Zainuldin daripada Pas yang mendapat 6,411 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau memperoleh majoriti undi sebanyak  2,330.

Turut bertanding, calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tamizi Lazim yang memperoleh undi 5,323.

Pemegang Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Syracuse, New York State, Amerika Syarikat ini pernah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).

Pada PRU11, Mohd Samsudin yang mewakili BN menang dengan mendapat undian sebanyak 9,321. Beliau menewaskan Hasan Mohamed Ali daripada Barisan Alternatif yang beroleh 4,801 undi manakala pada PRU12, beliau mendapat undian 8,872 menentang Abdul Ghani Samsudin daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 6,162 undi.

Sementara itu, PRU13, sekali lagi Mohd Shamsudin mengulangi kejayaan dengan mendapat undian 11,464.

Beliau ketika itu menentang Mohamad Judi Sarjo daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 8,451 undi.

Mohd Shamsudin menang dengan majoriti 3,013.

Kerjaya:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong (2004 hingga kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC)
  • Pegawai Daerah Petaling

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Syracuse, New York State, Amerika Syarikat

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shamsudin berusia 55 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Beliau kini tinggal bersama keluarganya di Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.[2].

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shamsudin mempunyai Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Syracuse di New York State, Amerika Syarikat.[3].

Pengerusi PAC

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) walaupun negeri Selangor dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan Mohd Shamsudin adalah ahli UMNO dan Barisan Nasional.[4] Mohd Shamsudin telah dipuji oleh Pakatan Rakyat iaitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata bahawa "Mohd Shamsudin adalah orang yang bagus kerana dia mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negeri memandangkan pengalaman beliau sebagai seorang bekas pegawai daerah.[5]

Sebagai seorang ahli Dewan Negeri Selangor, Mohd Shamsudin juga telah memegang jawatan sebagai ketua pembangkang Selangor menggantikan Datuk Mohd Satim Diman pada bulan Jun 2013[6] sehingga Disember 2014[7].

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[8][9][10]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 N08 Sungai Burong Mohd Shamsudin Lias (UMNO) 9,321 66.00% Hasan Mohamed Ali (PAS) 4,801 34.00% 14,395 4,520 78.11%
2008 Mohd Shamsudin Lias (UMNO) 8,872 59.01% Abdul Ghani Samsudin (PAS) 6,162 40.99% 15,403 2,710 81.12%
2013 Mohd Shamsudin Lias (UMNO) 11,464 57.56% Mohamad Judi Sarjo (PAS) 8,451 42.44% 20,271 3,013 89.31%
2018 Mohd Shamsudin Lias (UMNO) 8,741 42.69% Mohd Zamri Mohd Zainuldin (PAS) 6,411 31.31% 20,828 2,330 86.62%
Mohd Tarmizi Lazim (PPBM) 5,323 26.00%
  1. ^ KKEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 1999
  2. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/21/central/21010405&sec=central
  3. ^ http://syr.edu/
  4. ^ Selangor to be the first state where Opposition Leader becomes PAC Chairman.
  5. ^ BN man proposed as Selangor PAC chairman.
  6. ^ BN's Shamsudin Lias is Selangor Opposition leader
  7. ^ ADUN Sungai Air Tawar dipilih jadi ketua pembangkang S'gor[pautan mati kekal]
  8. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017.
  9. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  11. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2009" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  12. ^ "DPMS 2007". awards.selangor.gov.my.
  13. ^ "SSA 1999". awards.selangor.gov.my.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]