Mohd Suffian Amrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pyan Saujana
Kulit Album Saujana 1997.
Kelahiran
Mohd Suffian bin Amrin

(1981-01-13) 13 Januari 1981 (umur 43)
WarganegaraMalaysia
Nama lainPyan
Pusat pendidikanUIAM
PekerjaanPenyanyi, Penerbit, MC, VJ Jurulatih nasyid dedikasi, penyampai radio
Terkenal keranaKumpulan Saujana
Kampung asalAir Hitam Batu 18, Muar, Johor
Laman web rasmiSuffian Amrin Biography-Laman Rasmi Saujana

Mohd Suffian bin Amrin atau lebih dikenali sebagai Pyan yang dilahirkan pada (1981-01-13) 13 Januari 1981 (umur 43), merupakan anggota asal kumpulan nasyid Saujana yang bertahan sehingga kini. Beliau berasal dari Muar, Johor Darul Takzim. Beliau juga merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik.

Selain menyanyi, beliau juga bertugas sebagai penyampai radio sambilan untuk Radio IKIMfm yang kini memangkin industri nasyid tanah air. Beliau juga mahir dalam bidang pengacaraan dan kerap kali muncul di kaca televisyen. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya iaitu Nadiah binti Hj. Yusof yang juga rakan sekampungnya pada 27 Disember 2013.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mendapat pendidikan di :

  1. Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bandar Kluang, Johor.
  2. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Selangor Darul Ehsan.
  3. Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18, Muar, Johor.
  4. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.

Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2021–kini Inspirasi Pagi IKIMfm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]