Suhaimi Saad
![]() |
Suhaimi Saad | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Suhaimi bin Saad 12 Oktober 1980 |
Warganegara | ![]() |
Nama lain | Suhaimi Saad, Suhaimi In-Team (ketika bersama In-Team), Mosus, SS |
Pekerjaan | Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik |
Tahun aktif | 1999-2021 |
Pasangan | Nordiana Mohd Naim (k. 2007) |
Anak-anak | Ehmad Hadie Elfardie Sallman Elkhoyri Phyrosh Elfadwah Nur Layla Elghufrony |
Kerjaya muzik | |
Genre | Nasyid |
Syarikat rakaman | Hijjaz Records Karya Mosus |
Pengkarya berkait | Inteam |
Laman web rasmi | https://instagram.com/mosusofficial |
Mohd Suhaimi bin Saad (lahir 12 Oktober 1980) merupakan seorang bekas penyanyi nasyid Malaysia dan merupakan bekas anggota kumpulan In-Team dari tahun 2000 sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, beliau berundur dari In-Team untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records Sdn. Bhd. Namun kini, beliau telah bergerak di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus. Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz serta merta.[1]
Suhaimi juga merupakan salah seorang penggerak utama dalam gerakan anti-vaksin di Malaysia
Kehidupan awal dan pendidikan
Beliau dilahirkan pada hari Ahad 12 Oktober 1980 bersamaan 2 Zulhijjah 1400. Arwah ibunya berasal dari Kodiang manakala arwah bapanya berasal dari Tunjang, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan anak kelima daripada enam beradik.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi, Triang (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1998). Beliau kemudiannya menyambung pendidikan peringkat ijazahnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab.[2]
Suhaimi merupakan pelopor dalam bidang persekolahan rumah (home schooling). Ini dapat dilihat apabila beliau nekad tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal.
Sebaliknya anak anak beliau diajar membaca, menulis dan mengira dan asas Al-Quran oleh beliau sendiri di rumah sebelum menghantar mereka ke madrasah tahfiz.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan isterinya dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014). Ina sebelum ini pernah bertunang dengan Mawi, bekas juara Akademi Fantasia Musim 3.
Anugerah
Pernah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik dan Lirik Nasyid Terbaik melalui lagu Selamat Tinggal Dunia dalam Anugerah Nasyid Minggu Ini.
Dan lagu terbaru "Cinta Sidna" dendangan Suhaimi Saad kini sedang merebut gelaran Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM-22) di samping beberapa pesaing lain yang cukup hebat. Selain daripada Cinta Sidna, Suhaimi muncul dengan single terbaru beliau, Jutawan Pemurah yang dilancarkan pada bulan Ramadhan lepas.
Diskografi
Album bersama Inteam
- Kasih Kekasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2000
- Impian Kasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2001
- Damba Kasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2003
- In-Team '04 (In-Team) - Hijjaz Records/EMI - 2004
- Allahu Rabbi (Inteam) - Inteam Records - "2010
- Iman & Aman (Inteam) - Inteam Records - "2013
Album solo
- Kias Cinta (Solo) - 2006
- KalamaK (Solo) - 2008
- Album Zikir Selawat dan Doa (Solo) - ''2013''
- Maksud Hidup (Solo) - "2016"