Mohd Yusof Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Datuk Mohd Yusof Othman merupakan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM).Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.[1] [2] Beliau menerima Anugerah Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah tahun 2006.

Mohd Yusof dilahirkan pada 12 Ogos 1952 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau amat meminati bidang sains dan memperolehi ijazah pertamanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dikenali sebagai ahli akademik dan muncul dalam program seperti alKuliyyah di (TV3), Bicara Pagi dan Forum Perdana di RTM.

Tokoh Maal Hijrah 2006[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2006, beliau menerima anugerah penghargaan tokoh Maal Hijrah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan.

Beliau sering merantau ke seluruh pelusuk negara Islam dan mendapati tidak banyak negara Islam yang seaman Malaysia. Ada lebih dari 57 negara islam tetapi hanya lima yang termasuk dalam negara industri. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sendiri mempunyai lebih kurang 1.3 bilion penduduk tetapi cuma ada 550 buah universiti sahaja sedangkan Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk seramai 250 juta orang mempunyai 4,000 buah universiti. Di Jepun, ada 1,000 universiti untuk seramai 150 juta orang. Kini pembangunan ilmu seperti sains yang dibangunkan barat pada hari ini banyak memusnahkan manusia termasuk alam sekitar dan ini perlu diperbetulkan oleh saintis Islam sendiri.Sains tanpa agama akan mendatangkan kemusnahan. Agama tanpa sains, itu tempang namanya.

Tokoh lain yang menerima Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah 2006 ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Datuk Mustapha Ma.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Perluas skop, fungsi MAIN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-28. Dicapai pada 2011-10-15.
  2. ^ "Terus martabat agama Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-15. Dicapai pada 2011-10-15.
  3. ^ Tokoh Maal Hijrah: Perlunya perkembangan ilmu di kalangan Ummah