Mohd Zain Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Zain Hussain

A.M.N., K.M.N., M.B.E.
Kelahiran(1921-06-19)19 Jun 1921
Meninggal dunia10 Mac 1978(1978-03-10) (umur 56)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
Nama lainTuan Zain
PekerjaanPegawai tentera, pengarah filem, penerbit filem
Tahun aktif1939–1971
Terkenal keranaHasil karya bersama Filem Negara Malaysia (FNM)

Mohd Zain Hussain A.M.N., K.M.N., M.B.E. (19 Jun 1921 – 10 Mac 1978), juga dikenali sebagai Tuan Zain merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan hasil kerjanya bersama Filem Negara Malaysia (FNM) dan dikenali sebagai pelopor dokumentari negara, sekaligus diangkat sebagai "Tokoh Filem Dokumentari Malaysia".[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zain memulakan kerjaya ketenteraan pada 1939 dengan menyetai Royal Navy Volunteer Reserve. Beliau kemudian menjadi ahli Force 136 semasa Perang Dunia II tercetus dan turun dengan payung terjun bersama beberapa anggota lain di Grik, Perak, seterusnya dipilih sebagai anggota penting dalam Force 136 yang berjuang menentang tentera Jepun.[2]

Pada tahun 1947, Zain mengetuai perarakan laluan oleh Kontinjen Angkatan Bersenjata Malaya di London dan dianugerahkan sebagai Anggota Empayar Britain (MBE). Pada tahun yang sama, Zain menyertai Malayan Film Unit (MFU; kemudian dinamakan Filem Negara Malaysia) sebagai perakam suara, kemudian dipindahkan ke Jabatan Kamera sebagai jurukamera. Antara filem terawal yang difoto olehnya ialah The Kinta Story pada tahun 1949, arahan H.W. Govan, yang merupakan ketua pertama MFU.[2]

Dari 1963 hingga 1971, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah di Filem Negara Malaysia. Dalam tempoh ini, banyak filem diterbitkan di bawah pentadbiran Zain bagi menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan negara dalam tempoh dekad pasca-Merdeka.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Zain meninggal dunia pada 10 Mac 1978 akibat serangan jantung pada usia 57 tahun semasa memandu untuk ke pejabatnya.[2][3][4] Pada 1 Januari 2013, hampir 35 tahun selepas kematiannya, beliau dianugerahkan Tokoh Dokumentari sempena Anugerah Filem Dokumentari Malaysia 2013 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Before The Wind (1953)
  • Hassan's Homecoming (1953)
  • Timeless Temiar (1956)
  • Safar (1962)
  • Mata Permata (1964)
  • Berkhidmat Memimpin Umat (1966)
  • To Regret Is Already Too Late (1966)
  • 1st Asian Highway Motor Rally (1969)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "His work is his hobby" [Kerjanya ialah hobinya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 22 Disember 1963. m/s. 34. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d e f "Tuan Zain, a Malaysian visionary and a principled documentary filmmaker" [Tuan Zain, perintis dokumentari negara: Visi, prinsip dan maruah seorang pembikin filem yang jujur] (dalam bahasa Inggeris). Thoughs on Films. 1 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  3. ^ "Tuan Zain meninggal dunia". Berita Harian. 10 Mac 1978.
  4. ^ "Pergi-nya sa-orang bapak filem dokumentari" [Perginya seorang bapa filem dokumentari]. Utusan Malaysia. 10 Mac 1978.