Mohd Zin Abdul Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Wira
Mohd Zin Abdul Ghani
Ketua Menteri Melaka ke-7
Dalam jawatan
14 Oktober 1994 – 14 Mei 1997
Didahului olehAbdul Rahim Tamby Chik
Digantikan olehAbu Zahar bin Haji Isnin
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N03 Melekek
Dalam jawatan
1995 – 1997
Didahului olehtukar nama kawasan
Digantikan olehNawi Bin Ahmad dari 14 Jun 1997
Majoriti(PRU-9)
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N04 Kelemak
Dalam jawatan
1986 – 1995
Didahului olehAbdul Rahim Tamby Chik
Digantikan olehtukar nama kawasan
Majoriti(PRU-8)
(PRU-7)
Butiran peribadi
LahirTemplat:Birth year
Meninggal dunia14 Mei 1997(1997-05-14) (umur 56) bulan tidak sah hari tidak sah
Parti politikBN-100px.jpgUMNO (Malaysia).svgBN(UMNO)
PasanganDatin Seri Fatimah SamdinMeninggal 19 Oktober 2015 & Datin Seri Rosehani Ismail
Anak-anakRozila Aini Binti Mohd Zin
KediamanSeri Aduka, Kampung Melekek Luar, Alor Gajah
PekerjaanAhli politik

Allahyarham Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani merupakan Ketua Menteri Melaka yang ketujuh dari 14 Oktober 1994 hingga 14 Mei 1997. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah setuju melantik beliau sebagai Ketua Menteri Melaka bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri berikutan terbabit dengan skandal membabitkan gadis di bawah umur. [1] Semasa kes itu dibicarakan, pentadbiran negeri Melaka 'dikendalikan' oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ahmad Ithnin.[2]

Selaku Ketua Menteri, beliau turut menerajui Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM). Seminar Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya pernah diadakan pada 16 April 1996 dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Zin turut terlibat dalam perasmian Hari Sastera Kebangsaan pada 27 Mei 1995, perasmian Muzium Sastera pada 28 Mei 1995 dan pelancaran Pidato Munshi Abdullah anjuran Lembaga Bahasa Melayu Melaka pada 9 Disember 1995.[3]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Semasa pentadbiran beliau, ada ura-ura penswastaan Perbadanan Air Melaka (PAM) kepada Gibca Holdings Sdn. Bhd dan perjanjian sepatutnya ditandatangani pada Mei 1997.Namun perjanjian penswastaan itu ditangguhkan berikutan kematian Mohd Zin pada 14 Mei 1997. [4]

Pada 11 April 1998, nama Mohd Zin dikaitkan dengan kes penipuan membabitkan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Rahman Jamal berhubung projek Kompleks Sukan di Paya Rumput yang bernilai (RM260 juta). Abdul Rahman mendakwa dia diarahkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Zin Abdul Ghani supaya menulis surat cadangan untuk kelulusan Kementerian Kewangan.[5]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Wira Haji Mohd Zin meninggal dunia pada 14 Mei 1997 pada usia 56 tahun.[6]

Veteran UMNO Abdul Aziz Tapa menyatakan Mohd Zin dirawat di Hospital Tawakal sejak 12 Mei 1997 dan dirawat oleh Neurologist Dr Jaswant Singh. Mohd Zin disahkan mengalami 'brain stroke' ekoran diabetes yang menyebabkan salur darah arterinya pecah. Ramai kenalan dan kenamaan yang telah menziarahi beliau seperti Tuan Yang Terutama sendiri, Tun Syed Ahmad Shahabudin, PM Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik peringkat negeri dan persekutuan.[7]

Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin yang merupakan salah seorang exco negeri Melaka kemudiannya dilantik untuk menjadi Ketua Menteri Melaka yang baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Biografi MUBARAK Melaka : Datuk Seri Hj. Mohd. Zin Bin Hj. Abdul Ghani oleh Zawiah Binti Mat; 2008, Penerbit Universiti UTEM.


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
14 Oktober 1994 – 14 Mei 1997
Penyandang Kemudian
Abdul Rahim Tamby Chik
Abu Zahar bin Haji Isnin