Mokhtar Yasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biodata

      Haji Mokhtar Yasin dilahirkan pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai Melaka. Beliau mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu dan Agama. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Seterusnya ke Lembah Pantai dan kemudian ke Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan Bandingan. Beliau pernah mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Melbourne, Australia. Datuk Mokhtar juga pernah menjadi Ketua 1 IPM menggantikan Abdul Samad Ahmad (ASMAD) pada tahun 1993. Karya cerpen, puisi, rencana serta kritikan sosial beliau banyak diterbitkan dalam Berita Minggu, Utusan Zaman, Majalah Mastika dan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


      Puisi beliau telah diterbitkan dalam beberapa antalogi. Antara antologinya; 

Puisi Baru Melayu(1948-1960),

Puisi Angkatan Baru,

Di Bawah Mentari Khatulistiwa,

Memori Puisi Malaysia,

Di Pinggir Rusa,

Puisi Nusantara,

Titian Zaman

Bunga Gerimis.

Cerpen Dalam Antologi Ombak dan Pantai:

1.Gerhana

2.Titik

b) Kumpulan Sajak Persendirian 1) Puisi Murni- Terbitan IKSEP 2014

Sajak Eceran

1.An-Nur

2.Hati

3.Perjalanan

4.Pintaku Cuma

5.Rayuan Warga Bumi

6.Sajak(Buat Hamzah Fansuri)

Anugerah

1. Sasterawan Melaka (2010)

2. Dikurniakan anugerah yang membawa gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2015.