Pergi ke kandungan

Mokjong dari Goryeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mokjong dari Goryeo
고려 목종
高麗 穆宗
Raja Goryeo
Pemerintahan997 – 2 Mac 1009
Kemahkotaan997
Gaegyeong, Goryeo
Didahului olehSeongjong dari Goryeo
Diikuti olehHyeonjong dari Goryeo
KeputeraanWang Song
5 Julai 980
Gaegyeong, Goryeo
Kemangkatan2 Mac 1009 (umur 28)
Jeokseong-hyeon, Gaeseong-bu, Gaegyeong, Goryeo
PemakamanGongneung (공릉, 恭陵) → Uireung (의릉, 義陵)
Raja permaisuriPermaisuri Seonjeong
GundikPuan Besar Yoseok
Nama selepas mangkat
Raja Agung Hyosa Wihye Geukyeong Jeonggong Seonyang
효사위혜극영정공선양대왕
(孝思威惠克英定恭宣讓大王)
Nama tokong
Minjong (민종, 愍宗) → Mokjong (목종, 穆宗)
KerabatWang
DinastiGoryeo
AyahandaGyeongjong dari Goryeo
BondaPermaisuri Heonae
Korean name
Hangul목종
Hanja
Perumian SemakanMokjong
McCune–ReischauerMokchong
Nama lahir
Hangul왕송
Hanja
Perumian SemakanWang Song
McCune–ReischauerWang Song
Nama sopan
Hangul효신
Hanja
Perumian SemakanHyosin
McCune–ReischauerHyosin
Nama anumerta
Hangul선양대왕
Hanja大王
Perumian SemakanSeonyang Daewang
McCune–ReischauerSŏnyang Taewang

Mokjong dari Goryeo (Jawi: موكجوڠ دري ڬوريو; 5 Julai 980 - 2 Mac 1009), nama peribadi Wang Song, ialah pemerintah ketujuh dinasti Goryeo Korea.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Wang Song, Mokjong adalah satu-satunya anak lelaki kepada Raja Gyeongjong; namun, apabila ayahandanya mangkat, baginda masih terlalu muda untuk menjadi raja, jadi ayahanda saudaranya, putera Gaeryeong Wang Chi, yang menggantikan takhta sebagai Raja Seongjong.[1] Mokjong akhirnya menjadi raja selepas kemangkatan ayahanda saudaranya pada tahun 997 dan memilih ibundanya, Permaisuri Honae, sebagai pemangku raja.[1]

Mokjong terkenal dengan pembaharuannya iaitu Jeonsigwa (sistem pembahagian tanah) serta pelbagai usahanya untuk menyusun semula sistem ketenteraan dan membina semula istana Pyongyang untuk mengukuhkan pertahanan utara Goryeo pada awal pemerintahannya.[2] Baginda juga diingati kerana plot oleh ibunya, Permaisuri Honae dan kekasihnya Kim Ch'i-yang untuk menggulingkannya.[3] Permaisuri Honae dan Kim berusaha untuk menggantikan Mokjong dengan anakanda mereka, yang telah mereka persembahkan sebagai anakanda kepada ayahanda Mokjong, Gyeongjong dari Goryeo, yang Mokjong cuba menghalang kerana ia bermakna berakhirnya pemerintahan Puak Wang ke atas Goryeo.[3][2] Lebih merumitkan keadaan adalah kehomoseksualan Mokjong, yang membawa kepada kekurangan waris, dan seksualitinya akan digunakan sebagai alasan untuk penggulingan akhirnya.[2] Mokjong memanggil Jeneral Kang untuk menghentikan rampasan kuasa Permaisuri Honae dan Kim, tetapi dalam proses itu, Mokjong sendiri telah disingkirkan oleh jeneral Kang Cho atas tuduhan bahawa baginda telah mengabaikan pertahanan negara yang berada dalam bahaya yang akan berlaku akibat pencerobohan oleh Khitan Liao serta dakwaan bahawa homoseksualnya adalah "penyakit" dan secara paksa dihantar ke buangan di Chungju.[4][2] Bagaimanapun, baginda telah dibunuh sebelum tiba di sana.[1]

Makam Mokjong dikenali sebagai Gongneung, tetapi lokasinya sekarang tidak diketahui.

Raja-raja Korea
Goryeo
  1. Taejo 918–943
  2. Hyejong 943–945
  3. Jeongjong 945–949
  4. Gwangjong 949–975
  5. Gyeongjong 975–981
  6. Seongjong 981–997
  7. Mokjong 997–1009
  8. Hyeonjong 1009–1031
  9. Deokjong 1031–1034
  10. Jeongjong II 1034–1046
  11. Munjong 1046–1083
  12. Sunjong 1083
  13. Seonjong 1083–1094
  14. Heonjong 1094–1095
  15. Sukjong 1095–1105
  16. Yejong 1105–1122
  17. Injong 1122–1146
  18. Uijong 1146–1170
  19. Myeongjong 1170–1197
  20. Sinjong 1197–1204
  21. Huijong 1204–1211
  22. Gangjong 1211–1213
  23. Gojong 1213–1259
  24. Wonjong 1259–1269
  25. Yeongjong1269
  26. Wonjong 1269–1274
  27. Chungnyeol 1274–1308
  28. Chungseon 1308–1313
  29. Chungsuk 1313–1330
    1332–1339
  30. Chunghye 1330–1332
    1339–1344
  31. Chungmok 1344–1348
  32. Chungjeong 1348–1351
  33. Gongmin 1351–1374
  34. U 1374–1388
  35. Chang 1388–1389
  36. Gongyang 1389–1392
  1. Permaisuri Seonjeong daripada Chungju Yu (선정왕후 유씨); sepupu pertama sebelah ibu atau sepupu kedua sebelah bapa – Tiada waris.
  2. Puan Besar Istana Yoseoktaek, daripada suku Kim (요석택궁인 김씨) – Tiada waris.

Mokjong dalam rekod telah menyimpan beberapa wonchung ("kekasih lelaki") di istina mereka sebagai "pembantu muda lelaki" (chajewhi) yang berkhidmat sebagai pasangan seksual.[5]

[sunting | sunting sumber]
  • Dilakonkan oleh Lee In dalam siri TV KBS2 2009 Empress Cheonchu.
  • Dilakonkan oleh Baek Sung-hyun dalam siri TV KBS2 2023 Korea–Khitan War

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Mokjong dari Goryeo
Tarikh keputeraan: 5 Julai 980 Tarikh kemangkatan: 2 Mac 1009
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Seongjong
Raja Goryeo
997–1009
Diikuti oleh:
Hyeonjong
  1. ^ a b c "목종[穆宗] - 비극적 결말에 가려진 12년의 치세". contents.history.go.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-11-07.
  2. ^ a b c d 김, 경순 (February 25, 2020). "고려 : 7대 목종, 게이의 슬픔". 수완뉴스. Dicapai pada 23 January 2024.
  3. ^ a b "[Why] [이한우의 역사속의 Why] 고려 목종을 폐립시킨 강조". Chosun Ilbo. January 31, 2009. Dicapai pada 23 January 2024.
  4. ^ Choe, Chong Dae (February 19, 2013). "Patriotism of Goryeo General Ha Gong-jin". Korea Times. Dicapai pada 23 January 2024.
  5. ^ Hyung-Ki Choi; dll. "South Korea (Taehan Min'guk)". International Encyclopedia of Sexuality. Continuum Publishing Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-10. Dicapai pada 2007-01-01.