Momen dwikutub ikatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Momen dwikutub dalam ikatan-ikatan satu molekul boron trifluorida.

Momen dwikutub ikatan[1] ialah prinsip yang menggunakan prinsip momen dwikutub elektrik untuk menentukan kekutuban suatu ikatan kimia dalam satu molekul yang berlaku apabila terdapat pemisahan di antara cas positif dan cas negatif. Kebanyakan ikatan, melainkan ikatan molekul dwiatom berunsur sama, adalah berkutub pada suatu tahap. Ikatan kovalen biasanya memiliki kekutuban yang lemah manakala ikatan ion memiliki kekutuban yang kuat.

Dalam suatu molekul, dwikutub dalam ikatan ditunjukkan dengan δ+ — δ- dengan jarak, d di antara cas-cas tersebut. Para pakar kimia biasanya melukis anak panah ke arah atom bercas negatif, δ-,[2] berbeza dengan situasi dalam prinsip momen dwikutub elektrik, di mana anak panah dilukis ke arah zarah bercas positif, δ+. Hal ini dibuat untuk menunjukkan kecenderungan suatu elektron terhadap atom yang lebih elektronegatif secara relatif.

Nilai momen dwikutub ikatan, biasanya diwakili oleh simbol μ, boleh dikira dengan formula berikut:

di mana δ ialah magnitud cas elektrik dalam ikatan dan d ialah jarak di antara dua atom dalam ikatan.

Unit SI bagi momen dwikutub ialah coulomb-meter, C m, tetapi terlalu besar dalam konteks molekul. Sebaliknya, unit Debye, D digunakan dalam pengiraan momen dwikutub ikatan. 1 D boleh disamakan dengan 3.335 64×10−30 C m.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blaber, Mike (2018). "Dipole_Moments". Libre Texts. California State University.
  2. ^ Hovick, James W.; Poler, J. C. (2005). "Misconceptions in Sign Conventions: Flipping the Electric Dipole Moment". J. Chem. Educ. 82 (6): 889. doi:10.1021/ed082p889.
  3. ^ Atkins, Peter; de Paula, Julio (2006). Physical Chemistry (ed. 8th). W.H. Freeman. m/s. 620 (and inside front cover). ISBN 0-7167-8759-8.