Momo Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Momo Latif)
Momo Latiff
Momo Latiff berlakon sebagai ibu Rose dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
Kelahiran
Marfuah Makarim

1923
Meninggal dunia10 Disember 2015(2015-12-10) (umur 91–92)
Sebab kematianSakit tua, darah tinggi
DikebumikanPusara Abadi, You Chu Kang
WarganegaraSingapura
Nama lainMak Momo
PekerjaanPelakon, penyanyi
Terkenal keranaIsteri Pak Mustar dalam filem Pendekar Bujang Lapok
Kampung asalSingapura
Anak-anak10

Momo Makarim atau lebih dikenali sebagai Momo Latiff atau nama sebenarnya Marfuah Makarim (1923 – 10 Disember 2015)[1] merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi vateran filem klasik Melayu dari jalan Ampas. Beliau yang berasal dari Batavia yang kemudian berhijrah ke Singapura pada tahun 1930-an merupakan seorang penyanyi dan pelakon filem Melayu era 30-an hingga 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula dari pentas bangsawan, sebelum melangkah ke layar perak pada kegemilangan filem Melayu sehinggalah beralih ke persada muzik tanah air.

Beliau mencipta nama besar seiring dengan pelakon sezamannya seperti seniwati Neng Yatimah, seniwati Nona Asiah, seniwati Dato' Maria Menado dan seniman M. Wari.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee dan zaman kemudiannya. Beliau telah pun dianugerahkan pingat Johan Bintang Sarawak daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak iaitu Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis sempena Ulang Tahun ke-86 Yang Dipertua Negeri di Mukah pada 8 September 2007.

Momo Latiff merupakan anak jati Singapura memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan melalui filem Topeng Shaitan dan Hou Yao Wan & Hoi Ling pada tahun 1941.

Selain lakonan, Momo juga terkenal sebagai penyanyi pada era 1930-an sehingga 1970-an. Ketika itu lagu dendangan Momo menjadi pilihan dan selalu diputar di stesyen radio Singapura dan Malaysia.

Antara lagu nyanyian Momo adalah Tudung Periuk, Tak Jemu Menunggu, Jangan Main Mata dan lagu duet bersama P. Ramlee iaitu Merpati Dua Sejoli dan Semenjak Berpisah.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Allahyarhamah Momo Latiff, atau panggilan mesranya, Mak Momo, menghembuskan nafas terakhirnya di samping keluarga serta rakan-rakan terdekat dirumah rumah anaknya, Kamaliah Latiff pada petang 10 Disember 2015 di Singapura pada usia 92 tahun selepas koma akibat penyakit darah tinggi.[2][3] Beliau meninggalkan 10 orang anak (dua anaknya sudah meninggal dunia) serta puluhan cucu-cicit. Beliau meninggal selang sembilan hari selepas kematian seniwati Mariani .[4]

Ramai pelawat yang telah datang berkunjung bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seniwati Jalan Ampas itu.[5][6]

Di kalangan mereka ialah Anggota Parlimen GRC Sembawang, Amrin Amin, mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Yatiman Yusof serta rakan-rakan artis seperti seniwati Zaiton, Norsiah Hamid dan Nona Asiah.[7][8]

Veteran dunia seni dari Malaysia seperti Razzi M, Hashimah Yon, K. Fatimah, J.A. Halim, Fatimah M Amin, Norsiah Hamid dan ramai lagi turut memberikan penghormatan terakhir.[9]

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum dikebumikan di Pusara Abadi, You Chu Kang selepas solat Jumaat.[10][11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Momo Latif dalam persembahan di atas pentas.
  • Merpati Dua Sejoli (Momo Latif & P. Ramlee)
  • Tudung Periuk
  • Semenjak Berpisah (Momo Latif & P. Ramlee)
  • Tak Jemu Menunggu
  • Jangan Main Mata
  • Kita Bersumpah (Momo Latif & Aziz Satar)
  • Siti Zawiyah (S.M. Al Idrus & Momo Latif)
  • Berdendang Ria (P. Ramlee, Momo Latif & Lena Abdullah)
  • Tinggal Kenangan
  • Takut Dimadu (Momo Latif & Jasni)
  • Rayuan Mandolin
  • Saat Bahagia
  • Taat Setia
  • Tari Selendang (Momo Latif & Jasni)
  • Gemala Hati

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurul Khassanah Agost (10 Disember 2015). "Pelakon veteran Momo Latiff meninggal dunia pada usia 93 tahun". Berita Mediacorp. Dicapai pada 22 April 2017.
  2. ^ Rozdan Mazalan (10 Disember 2015). "Momo Latif koma akibat darah tinggi". Berita Harian. Dicapai pada 22 April 2017.
  3. ^ Rozdan Mazalan (10 Disember 2015). "Momo Latiff meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 22 April 2017.
  4. ^ "Momo Latiff meninggal dunia". Sinar Harian. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.
  5. ^ "Veteran actress Momo Latif passes away in S'pore". News AsiaOne. 10 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-31. Dicapai pada 22 April 2017.
  6. ^ "Pelakon veteran Momo Latif meninggal dunia". mSTAR Online. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.
  7. ^ Danial Albakri (10 Disember 2015). "Veteran actress Momo Latif passes away". The Star Online. Dicapai pada 22 April 2017.
  8. ^ "Seniwati Momo Latif meninggal dunia pada usia 92 tahun". Astro Awani. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.
  9. ^ "Seniwati Momo Latif meninggal dunia". Astro Gempak. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.
  10. ^ "Seniwati Momo Latif meninggal dunia". Astro Gempak. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.
  11. ^ "Momo Latif meninggal dunia". Utusan Malaysia. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.
  12. ^ "Veteran Malay singer and actress Momo Latiff dies at age of 92". The Straits Times. 10 Disember 2015. Dicapai pada 22 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]