Mona Allen
Mona Allen | |
---|---|
Kelahiran | Munna Hafiraneza Allen 28 Januari 1985 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan | Pekin Ibrahim (k. 2018) |
Mona Allen (lahir Munna Hafiraneza Allen; 28 Januari 1985), ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000.[2] Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Mona memulakan kerjayanya pada 2000 sebagai pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.[3][4]
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran drama Monalisa, sekaligus menerima kecaman daripada warganet. Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, beliau berkata: "Saya menduukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak".[5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Manap Karaoke | Jamizan | Mamat Khalid | Filem pertama |
2021 | Salina | Salina | Raja Mukhriz | Pos-produksi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Mr. Donat Karamel | Mimin | TV3 | Slot Lestary |
2017 | Cik Serba Tahu | Maira | Astro Ria | Slot MegaDrama |
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | Nadine/Nilla | Hypp Sensasi | ||
Waris Kampung Semarah Padi | TV1 | |||
2018 | Monalisa | Ramona | Astro Prima | Slot Tiara |
Mencari Qiblat | Rose | TV3 | Slot Zehra | |
Seribu Rindu | Damia | Slot Akasia | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Engku Kamelia | Slot Akasia | |
Cinta Non Grata | Zatul | Slot Lestary | ||
Lara Syakila | Syakila | TV2 | ||
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Ratnasari | TV3 | Slot Drama Pukul 6 |
Leon Zalika | Anita | TV Okey | ||
Tanya Sama Pokok | Ramlah | Astro Warna |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Joras Van Haji Murshid | Astro Warna | |
2017 | Licin | TV1 | |
2018 | Kitab Sijjin | Siti | Astro Citra |
2019 | Jerat | Iris | TV3 |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | Awesome TV |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ifqdar Rahman (8 Mac 2018). "Mona Allen kembali selepas lebih 15 tahun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ Norhayati Nordin (9 April 2018). "Cabaran watak antagonis". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen selamat nikah". Sinar Harian. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen sudah bernikah". Astro Awani. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (18 Mac 2018). "Berpakaian seksi di kubur, Mona Allen dikecam". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 3 Disember 2018. Dicapai pada 1 April 2018.