Monster Energy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Monster Energy
JenisMinuman tenaga
PengeluarMonster Beverage
Negara asalAmerika Syarikat
DiperkenalkanApril 2002; 22 tahun yang lalu (2002-04)
Laman webMonster Energy

Monster Energy ("Tenaga Raksasa") ialah minuman tenaga yang diperkenalkan oleh Syarikat Hansen Natural pada April 2002.[1] Monster Energy diiklankan menerusi tajaan acara sukan seperti olahraga motor, BMX, basikal gunung, luncur salji, papan luncur, perlumbaan kereta dan juga menerusi tajaan acara e-sukan.

Kandungan kafeina kebanyakan minuman Monster Energy ialah kira-kira 33.81 mg/100 ml. Syarikat Monster Beverage pernah dikutuk atas dasarnya yang menyaman syarikat atau kumpulan yang menggunakan perkataan "Monster" atau huruf "M" dalam pemasaran atas sebab pelanggaran hak cipta. Pada tahun 2011, Anais Fournier yang berumur 14 tahun mati disebabkan suatu masalah jantung selepas dia minum 2 tin minuman Monster Energy yang mengandungi jumlah kira-kira 475 mg kafeina.

[1]Rujukan[sunting | sunting sumber]