Mortar Model 89

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mortar Model 89 / Pelancar Bom Tangan Type 89
Pelancar Bom Tangan Type 89 dengan pelbagai bom tangan, letupan dan tambahan
Jenispelancar bom tangan
Tempat asal Empayar Jepun
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1929–1945
Digunakan olehTentera Imperial Jepun
Tentera Kebangsaan Indonesia
PerangPertelingkahan Soviet–Jepun,
Perang China-Jepun Kedua,
Perang Dunia Kedua
Revolusi Kebangsaan Indonesia
Spesifikasi
Berat4.7 kg (10 lb 6 oz)
Panjang610 mm (24 in)
Panjang laras254 mm (10 in)

Kartrij793 g (28 oz)
Kaliber50 mm (1.97 in)
Kadar tembakan25 rpm
Jarak tembakan efektif(Type 89 shell):
120 m (131 yd)
Jarak tembakan maksimum(Type 89 shell):
670 m (732 yd)

Mortar Model 89 50 mm (1.9 inci) adalah senjata keluaran Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

Mortar Model 89 ini dihasilkan bagi mengisi ruang antara julat maksima lontaran bom tangan dengan julat minima Mortar lebih besar. Mortar ini mula diperkenalkan pada tahun 1929 dan pada awalnya hanya dibekalkan pada unit khas. Menjelang meletusnya Perang Dunia Kedua ia telah pun menjadi sebahagian peralatan piwaian tentera infantri. Mortar ini memiliki kaliber 50 mm (1.9 inci), dengan berat hanya 4.54 Kg (10 paun) dan panjang laras hanya 254 mm (10 inci). Ia menembak peluru seberat 0.793 Kg (1.75 paun) pada jarak maksima 640 m (700 ela), dan juga mampu melancarkan bom tangan Jepun Model 91 selain dari peluru khasnya.

Oleh kerana Mortar ini tidak memiliki tenggekan, tentera yang menggunakannya perlu memegang larasnya dengan kukuh ketika melepaskan tembakan. Ini bererti tentera yang menggunakannya perlu melutut dibelakangnya. Dengan itu ia juga dikenali sebagai "Mortar Lutut". Kelihatannya sesetengah marin Amerika Syarikat salah anggap dan cuba menggunakannya dengan meletakkan tapak Mortar pada lutut mereka - yang mengakibatkan patah tulang. Sungguhpun bersaiz kecil, ia memiliki hentakan yang kuat.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]