Mr. Bean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mr. Bean
Atkinson Rowan.jpg

Mr. Bean
Genre Komedi
Negara asal United Kingdom
Bahasa Bahasa Inggeris
Bilangan episod 14
Penerbitan
Tempoh siaran 22-23 minit
Penyiaran
Saluran asal ITV
Julung kali ditayangkan di 1990 - 1995

Mr. Bean ialah siri komedi televisyen British yang dilakoni oleh Rowan Atkinson. Siri yang mempunyai 14 buah episod ini ditulis oleh Atkinson, Robin Driscoll, Richard Curtis dan Ben Elton. Episod pertama siri ini ditayangkan pada 1 Januari, 1990, dengan episod terakhirnya, "Goodnight, Mr. Bean", ditayangkan pada 31 Oktober, 1995.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Mr. Bean[sunting | sunting sumber]

Watak ini yang dimainkan oleh Atkinson ialah seorang yang mementingkan dirinya sendiri, kadangkala tidak begitu cerdik, dan si dungu yang disukai masyarakat. Watak ini sentiasa terlibat dalam situasi yang menyeronokkan disebabkan "kepelbagaian" muslihat dan tingkah lakunya. Rancangan ini menumpukan terhadap komedi secara fizikal, bermaksud dialog yang dituturkan amat sedikit. Ia menampilkan Mr. Bean cuba untuk melakukan yang secara normalnya merupakan satu aktiviti mudah. Contohnya; berenang, mengubah suai rumah, ataupun menyediakan masakan malam. Salah satu aksinya yang amat terkenal dan disukai ramai ialah menyumbatkan kepalanya ke dalam ayam belanda. Sitkom popular Amerika Syarikat, "Friends" kemudiannya mengulangi lawak yang sama. Humor yang menyebabkan kita merasa untuk ketawa adalah disebabkan keupayaan menggunakan cara-cara pelik untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak debat tentang Mr. Bean, sama ada beliau ialah seorang manusia luar biasa ataupun beliau seorang makhluk asing. Pada permulaan episod 2 dan seterusnya, Mr. Bean jatuh daripada langit melalui satu cahaya. Dalam filem "Bean: The Ultimate Disaster Movie", Mr. Bean menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dia boleh menggerakkkan telinganya tanpa menggunakan tangannya. Perkara-perkara seperti ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa Mr. Bean ialah spesis makhluk asing.

Walau apa pun, satu perkara adalah pasti: Mr. Bean hidup bersendirian di dalam dunia ini dan kadang kala bersikap kebudak-budakan.

Watak lain[sunting | sunting sumber]

Mr. Bean dan Teddy

Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddy, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.

Kereta mini Mr. Bean.

Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna kuning dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.

Teori Makhluk Asing[sunting | sunting sumber]

Lagu tema rancangan ini memperlihatkan Mr. Bean jatuh dari langit melalui satu gelung cahaya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Mr. Bean ialah makhluk asing dan ada juga yang mengatakan Mr. Bean seorang pari-pari yang diperturunkan ke Bumi.

Walau bagaimanapun, penerbit rancangan ini mendakwa ini adalah untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang insan biasa yang diberi peluang mencari kemasyhuran.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Muzik tema rancangan ini ditulis oleh Howard Goodall dan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Southwark Cathedral. Perkataan yang dinyanyikan adalah dalam Bahasa Latin:

  • Ecce homo qui est faba – "Lihatlah si insan dungu" (dinyanyikan pada permulaan)
  • Finis partis primae – "Tamat bahagian pertama" (dinyanyikan sebelum iklan)
  • Pars secunda – "Bahagian Kedua" (dinyanyikan selepas iklan)
  • Vale homo qui es faba – "Selamat tinggal, insan dungu" (dinyanyikan pada akhir rancangan)

Panduan episod[sunting | sunting sumber]


Mr. Bean dalam Back to School Mr. Bean.
  • Mr. Bean: Episod ini mengandungi tiga aksi berbeza. Pertama sekali, Bean pergi ke universiti untuk mengambil ujian Matematik. Beliau yang belajar bidang Trigonometri tersilap mengambil kertas Kalkulus. Hanya pada dua minit terakhir baru beliau sedar yang terdapat dua kertas berbeza. Babak kedua menyaksikan Bean pergi ke pantai dan cuba untuk menyalin pakaiannya tanpa dilihat oleh seorang lelaki. Selepas berjaya, barulah Mr. Bean tahu yang lelaki itu sebenarnya buta. Akhir sekali, Bean pergi ke gereja dan tertidur. Beliau kemudiannya cuba untuk memakan gula-gula tanpa disedari oleh sesiapa.
  • The Return of Mr. Bean: Episod ini mengandungi empat buah babak. Pertama, Bean menolong pemuzik jalanan dengan menari. Kedua, Bean mencuba kad kredit barunya di sebuah pasar raya. Dia membeli-belah (mencuba dahulu sebelum membeli) dan kemudian kehilangan kad kreditnya kepada seorang lelaki yang tersilap mengambil kad kreditnya. Bean cuba untuk mengambilnya semula tanpa disedari lelaki tadi tetapi tanganya tersekat dan lelaki tadi mengheret Bean sehingga ke tandas. Ketiga, Bean pergi restoran sempena hari jadinya dan memesan daging panggang. Tetapi kerana makanan yang dipesan tidak sedap dia membuangnya di tempat berbeza (dalam beg tangan, seluar pemain violin). Akhir sekali, Bean hadir ke majlis untuk berjumpa dengan "Ratu" England tetapi dia datang dalam keadaan tidak bersedia. Ketika dia ingin tunduk hormat kepada Ratu, kepala Ratu terhantuk ke kepalanya lantas dia melarikan diri.
  • The Curse of Mr. Bean: Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Mr. Bean pergi ke kolam renang dan cuba untuk terjun daripada papan terjun (sebaliknya takut dan akhirnya ditolak oleh dua budak lelaki). Kedua, Bean enggan bayar duit letak kenderaan jadi mencuba pelbagai cara untuk keluar daripada pintu masuk. Ketiga Bean pergi taman untuk makan tengah hari dengan cuba untuk membuat sandwich sendiri (dengan roti buku dan ikan dalam balang) tetapi dia bersin menyebabkan sandwich itu jatuh. Lelaki disebelahnya akhirnya memberikan dia sanwich yang baru. Akhir sekali, Bean pergi ke panggung wayang untuk melihat filem seram bersama teman wanitanya. Dia sendiri yang menjadi takut (walaupun dia menakutkan orang lain).
  • Mr. Bean goes to town: Episod kali ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean membeli sebuah televisyen baru tetapi menghadapi masalah untuk menerima siaran (ini memaksanya berbogel di satu supaya isyarat dapat diterima). Kedua, Bean menggunakan kamera yang baru dibelinya tetapi dicuri. Bean, menggunakan pensel untuk mengenal pasti pencuri itu ketika kawat cam polis. Ketiga, Bean terasa gatal dikakinya dan membuka sebelah kasut untuk menggaru kakinya. Dia meletak kasut tadi di atas bumbung sebuah kereta, dan kereta itu tiba-tiba dihidupkan menyebabkan Mr. Bean menjengket ke seluruh pekan itu (dia berjaya menemui kasutnya semula). Akhir sekali, dia membawa teman wanitanya ke disko dan prtunjukan silap mata. Dia merosakkan pertunjukkan silap mata tadi dan menyebabkan dia ditinggalkan teman wanitanya. Di disko, teman wnaitanya menari bersama lelaki lain tetapi Mr. Bean cuba mengambil tempatnya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Mr. Bean meninggalkan disko tadi dan menutup suis utamanya.
  • The Trouble with Mr. Bean: Episod ini mempunyai 3 babak. Pertama sekali, Bean lewat untuk temu janji dengan doktor gigi dan terpaksa menukar pakaian dan menggosok gigi ketika sedang memandu kereta ke klinik gigi. Kedua, dia tiba di klinik gigi tetapi dengan tidak sengaja tercucuk kaki doktor gigi dengan ubat kebas menyebabkan doktor itu terjatuh dan pengsan. Bean memutuskan merawat giginya sendiri sehinggalah doktor itu kembali pulih. Ketiga, Bean pergi ke taman untuk berkelah tetapi seekor tebuan mengganggu Mr. Bean dan inginkan keknya. Dengan kecewa, dia meninggalkan tapak perkelahannya dan membuang kek tadi kepada seorang pencuri kereta.
  • Mr. Bean Rides Again: Episod ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean ingin ke pejabat pos tetapi kereta mininya tidak boleh dihidupkan jadi dia memutuskan untuk menaiki bas. Semasa di perhentian bas, seorang lelaki diserang sakit jantung dan Bean cuba untuk menolongnya yang akhirnya, lelaki tersebut pengsan akibat perbuatannya yang cuba mengejutkannya dengan kuasa elektrik. Ambulans datang tetapi Bean mengambil semua kuasa daripada bateri ambulans tersebut ke keretanya. Kedua, semasa dalam perjalanan, Bean tidak sengaja tertelan setem dan dia kemudiannya mencuri setem daripada seorang wanita. Apabila wanita terbabit berpatah balik, Bean menyembunyikan dirinya dalam tong pos itu sehinggalah tong pos itu dibuka semula. Ketiga, Bean mengemas barangannya untuk pergi bercuti dan seboleh-bolehnya meringkaskan barangannya agar muat ke dalam beg kecil. Tetapi, dia tidak ketahui bahawa ada beg yang lebih besar selepas berjaya mengemas barangnya. Akhir, Bean menaiki kereta api tetapi dia diganggu dengan bunyi gelak tawa seorang lelaki. Bean kemudiannya menjumpai gula-gula getah dan meletakkanya di telinga yang menyebabkan dia tidak mendengar konduktor kereta api meminta tiket dan terkejut kemudiannya sehingga tercampak buku yang dibaca. Bean kemudiannya menaiki kapal terbang dan cuba menjaga seorang budak yang sakit disebelahnya.
  • Merry Christmas, Mr. Bean: Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Bean pergi ke sebuah kedai di London dan melakukan perkara yang pelik (mencuba lampu, bermain anak patung, dsb.). Kedua, Bean bertemu dengan teman wanitanya yang menunjukkan kepada Bean sebutir cincin pertunangan, beliau kemudian menangkap penyeluk saku dan menjadi konduktor sebuah pasukan muzik. Ketiga, Bean bersiap untuk Krismas tetapi dibosankan dengan filem-filem perang, seram dan menutup pintu pada sebuah kumpulan nyanyian karol krismas. Keempat, Bean cuba memasak ayam belanda tetapi kehilangan jam tangannya di dalam ayam belanda tersebut. Hal ini menyebabkan kepalanya tersangkut kepada ayam belanda terbabit ketika teman wanitanya tiba yang kemudian menolongnya. Kemudian, mereka memakan sandwich dan Bean memberinya hadiah; hanya sebuah gambar pertunangan yang dilihat di kedai cincin semalam. Kecewa, teman wanitanya meninggalkan dia dan Bean menyambut krismas sendirian (dan meletupkan mercun yang digabungkan bersama).
  • Mr. Bean in Room 426: Episod ini merangkumi satu babak yang besar. Bean pergi menginap di hotel dan membuat pelbagai perkara yang aneh dan pelik di sana. Antaranya ialah, menebuk lubang di dinding untuk menggantung gambarnya, menyusup masuk ke dalam bilik sebelah untuk mandi. Pada makan tengah hari, dia meniru jiran hotel sebelahnya sehingga tersalah makan. Hal tersebut membuatkan dia terpaksa mengambil pelbagai ubat semalaman kerana risau jika dia akan ditimpa sakit. Akibat kepanasan, beliau membuka seluruh pakainnya. Kemudian, jiran sebelahnya memainkan muzik dengan kuat dan ini menyebabkan dia keluar ntuk mengetuk pintu jirannya supaya memperlahankan bunyi (dalam keadaan bogel!). Pintunya secara automatik terkunci dan dia terpaksa mencari jalan mendapatkan kunci pendua tanpa diketahui oleh orang lain.
  • Do-It-Yourself, Mr. Bean: Episod ini mempunyai tiga babak. Pertama, Bean mengajak dua kawannya, Rupert dan Hubert untuk meraikan tahun baru tetapi parti itu membosankan mereka dan apabila Bean pergi menyiapkan snek, mereka dengan segera menukar jam ke pukul 12 tengah malam dan mengatakan yang mereka penat. Bean kemudiannya masuk tidur dan dia baru sahaja menyedari yang tahun baru menjelang tiba. Kedua, Bean pergi membeli-belah sempena tahun baru dan memuatkan banyak barang pada kereta mininya termasuklah sebuah kerusi rehat. Ketiga, Bean cuba mengubah suai rumah sendiri tetapi menyebabkan rumahnya huru-hara. Dia menutup semuanya dengan surat khabar dan meletupkan tin cat. Semasa Bean keluar daripada rumahnya, Hubert masuk kerana ingin mengambil topinya.
  • Mind the Baby, Mr. Bean: Episod ini juga merangkumi satu suasana yang besar. Bean pergi ke pesta ria tetapi secara tidak sengaja terlupa mengunci but keretanya. Pemegang but ini menarik sebuah kereta bayi (sudah tentu terdapat bayi di dalamnya!) ke pesta ria tersebut. Selepas sedar akan kehadiran bayi tersebut Bean terpaksa menjaganya dan membawanya ke pasta ria sehinggalah bayi itu dipulangkan kepada ibunya (yang secara kebetulan berlaku).
  • Back To School, Mr. Bean: Episod ini menampilkan Mr. Bean pada hari terbuka sebuah sekolah. Tidak dapat mencari tempat letak kereta, Bean ternampak sebuah kereta yang menyerupai keretanya diletakkan pada satu tapak dan menukarkan kereta itu dengan keretanya. Semasa dalam sekolah, Bean mengacau seorang penulis kaligrafi dan orang lain. Dalam makmal sains Bean mencuba mencampur adukkan bahan kimia menyebabkan terjadinya letupan kecil yangtidak berbahaya. Asap biru keluar daripada makmal itu. Bean berjaya melepaskan diri tetapi seorang budak tidak. Semasa dalam kelas seni bean terkejut kerana dia terpaksa melukis seorang wanita bogel dan dia segera membuat baju dalam untuk wanita terbabit. Semasa dalam kelas karate, Bean yang ketakutan berjaya mengelirukan seorang guru taekwando dan menggulungnya dalam tilam. Semasa menyalin seluar, Ban tertukar seluarnya dengan sluar orang lain dan tergesa-gesa mencari seluarnya. Dalam tandas lelaki, Bean berjaya mencari seluarnya dan merampas kembali daripada lelaki terbabit. Akhir sekali, Bean menyaksikan kereta mininya dimusnahkan oleh sebuah kereta kebal.
  • Tee Off, Mr. Bean: Episod ini mempunyai dua babak. Babak pertama adalah ketika Mr. Bean mencuci bajunya sendiri di dobi dan yang dicucinya ialah dadu hiasan, alas kaki, patung Teddy, dan seluar dalam. Kesilapannya mencuci seluar dalam membuatkannya menukar seluar dalam di situ juga dan menyebabkan dia tanpa disengajakan memakai skirt perempuan. Diterukkan lagi, terdapat seorang lelaki yang suka membulinya dan dibalas Bean dengan menukar sabun lelaki tersebut kepada kopi pekat. Kedua, Bean bermain golf. Peraturan permainan golf yang tidak membenarkan pemukul memegang bola golf menyebabkan Bean memukul bola golf merata tempat (bawah tanah, dalam tong sampah, dalam plastik barangan runcit, malah di dalam paip ekzos kereta Proton Saga Iswara) untuk memasukkan bola tersebut ke dalam lubang.
  • Goodnight, Mr. Bean: Episod ini mempunyai tiga babak. Babak pertama menunjukkan Bean pergi ke hospital. Ketika meletakkan kereta, Bean meletakkan kereta terlalu dekat di belakang ambulans menyebabkan pintu ambulans tidak dapat dibuka. Ketika di hospital, nombor gilirannya yang masih jauh menyebabkan Bean sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan gilirannya untuk dirawat (mengeluarkan tangannya daripada teko). Kedua, Bean bergambar dengan pengawal tentera Britain. Bean cuba menghias dan mendandan pengawal tersebut (dengan bunga) untuk bergambar bersamanya. Walau bagaimanapun, akhirnya pengawal tersebut beredar ketika kamera mengambil gambar. Ketiga menunjukkan persiapan Bean sebelum tidur. Gelagatnya ditunjukkan dengan menggosok gigi, membersihkan muka dan telinga menggunakan berus gigi yang sama. Malangnya, Bean mendapat kesukaran untuk tidur tambahan dengan bunyi kucing liar. Bean menyamar menjadi anjing untuk menghalaunya. Dibuka pula televisyen dan dia menonton pertandingan catur. Baru sahaja hendak lelap, muzik rancak mengejutkannya. Akhirnya, dia menggunakan kaedah biasa iaitu mengira kambing (dengan mesin pengira).
  • Hair by Mr. Bean of London: Episod ini terdapat hanya melalui video dan mempunyai tiga babak. Yang pertama adalah gelagat Bean di kedai gunting rambut. Ketika penggunting rambut sedang berbual, Bean menyamar menjadi penggunting rambut sehingga membotakkan seorang budak dan merosakkan rambut palsu pelanggan lain. Babak kedua menunjukkan Bean di pasta ria pinggir bandar yang terdapat pertandingan lumba anjing. Walau bagaimanapun, Bean mendaftarkan Teddy untuk menyertai pertandingan itu lalu menang. Tetapi, hadiahnya ialah seketul tulang besar yang sudah tentu tiada guna buatnya. Dia membuang tulang tersebut dan menyebabkan kanak-kanak berhampirannya diserang anjing lain. Babak ketiga dan terakhir menunjukkan Bean membuat pelbagai helah untuk melepasi pemungut tiket di stesen kereta api kerana ketiadaan tiket. Akhirnya, dia dengan memasukkan dirinya ke dalam guni dan berjaya di bawa masuk ke dalam kereta api (lalu menuju ke Russia).
Jalan cerita tamat di sini.


Penerbitan dan penyiaran[sunting | sunting sumber]

Program ini diterbitkan oleh Tiger Television, kemudian dinamakan Tiger Aspect (syarikat yang Atkinson menjadi rakan kongsi), untuk Thames Television dan disiarkan oleh ITV. Di Malaysia, rancangan ini disiarkan oleh Stesen TV3.

Pemadanan filem Bean[sunting | sunting sumber]

Bean

Rancangan Mr. Bean versi filem ini diarahkan oleh Mel Smith, Bean (juga dikenali sebagai Bean: The Ultimate Disaster Movie) diterbitkan pada tahun 1997. Mr. Bean ialah seorang penjaga galeri seni di London yang tidak boleh diharapkan. Disebsbkan itu, dia dihantar ke sebuah galeri seni di California, Amerika Syarikat dengan gelaran Dr. Bean dan membantu pihak sana menguruskan lukisan yang dibawa kembali iaitu lukisan berharga hasil warga Amerika, "Whistler's Mother".

Mr. Bean bukannya satu-satu daya penarik dalam filem ini, tetapi keluarga yang menjadi tempat tumpangnya juga menjadi tumpuan tarikan dengan berkisarkan kepada masalah sosial keluarga di Amerika.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan peminat siri asli rancangan ini merasa amat kecewa dengan format yang ditampilkan. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dicapai hasil daripada tayangan di serata dunia mencecah USD $230 juta sedangkan bajet filem ini hanya $22 juta.

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Satu berita yang diterima pada bulan Mac 2005 bahawa sebuah filem Bean baru bakal dalam perancangan. Filem itu akan digelar "Bean 2". Pada bulan Mac 2007, filem tersebut diterbitkan dengan nama Mr. Bean's Holiday. Filem tersebut merupakan cerita terakhir Mr. Bean.

Mr. Bean's Holiday menceritakan Bean memenangi percutian ke Cannes, Perancis bersama sebuah video kamera dan 200 Euro. Seperti biasa, perjalanannya mengundang padah apabila dia terpaksa bersama seorang budak yang ditinggalkan bapanya (salah Bean) dan dia sendiri tercicir pasport serta barangan lain. Kini, dia cuba pelbagai cara (yang pelik dan tidak) untuk tiba ke pantai Cannes.

Jalan cerita tamat di sini.

Siri animasi Bean[sunting | sunting sumber]

Cerita animasi Mr. Bean

Watak ini dihidupkan semula pada tahun 2002 menerusi siri animasi, "Mr. Bean" yang mempunyai konsep yang sama seperti rancangan asalnya. Rancangan ini tidak mendapat sambutan bagi penonton dewasa kerana mereka berpendapat ia lebih sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Suara Mr. Bean dan aksi animasi Bean dilakukan oleh Rowan Atkinson sendiri. Suara bagi watak-watak lain disumbangkan oleh Jon Glover, Rupert Degas, Gary Martin dan Lorelei King

Senarai episod siri animasi[sunting | sunting sumber]

  1. In the Wild / Missing Teddy
  2. No Parking / Bean's Bounty
  3. Artful Bean / The Fly
  4. Mime Games / Spring Clean
  5. No Pets / Ray of Sunshine
  6. Roadworks / Sofa
  7. Camping / Chocks Away
  8. In the Pink / Dinner for Two
  9. Treasure / Homeless
  10. Super Trolley / Magpie
  11. Hot Date / Wanted
  12. The Ball / Toothache
  13. Haircut / Neighbourly Bean
  14. Art Thief / Scaredy Bean
  15. A Royal Makeover / Super Marrow
  16. Car Trouble / Restaurant
  17. Gadget Kid / Visitor
  18. Nurse! / Dead Cat
  19. Cat Sitting / The Bottle
  20. Birthday Bear / The Mole
  21. Royal Bean / Young Bean
  22. Hopping Mad / A Grand Invitation
  23. Big TV / Keyboard Capers
  24. Goldfish / Inventor
  25. A Running Battle / Egg and Bean
  26. Bean in Love / Double Trouble

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

Siri animasi "Mr. Bean" pertama kali ditayangkan di ITV. Ia sekarang ditayangkan di Nickelodeon dan NickToons TV (Amerika Syarikat), CBC (Kanada), ABS-CBN (Filipina), RTÉ Two (Ireland), ntv7 (Malaysia), ABC (Australia), SCTV (Indonesia), Padjajaran TV (Indonesia) dan sebagainya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]