Mr. Cinderella 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mr. Cinderella 2
PengarahDin C.J.
PenerbitMohd Noor Kadir
Yusof Haslam
PenulisMohd Noor Kadir
Dibintangi olehYusry KRU
Erra Fazira
Maya Karin
PengedarSkop Productions Sdn Bhd
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita


Filem Mr Cinderella 2 ialah sambungan kepada filem Mr. Cinderella dan diyangkan pada bulan November 2003.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Sambungan kepada "Mr. Cinderella" sebelumnya, filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry. Erra sebagai Puteri Megawati, wanita dibelakang tabir kepada Hakimi yang berjawatan sebagai CEO di Megapuri Bhd. Ketika Hakimi bergelut dengan karier barunya, dia berputus asa dan berhenti, menyebabkan Puteri Megawati risau.

Anisah (Maya Karin), President syarikat Agro Products jatuh hati kepadanya. Salah faham menyebabkan Hakimi menyangka Puteri Megawati telah memutuskan pertunangan mereka ketika dia berada di New Zealand, menyebabkan dia menerima tawaran pekerjaan di syarikat Anis sebagai Pengarah Operasi. Pada masa yang sama, Shamsul yang mencintai Anis, patah hati dan menerima tawaran sebagai CEO di Megapuri Bhd. Tidak lama kemudian, Anis balik ke Malaysia disebabkan kematian bapanya Datuk Johan (Datuk Ismail Hutson) dan bertembung dengan Puteri Megawati.

Shamsul mengarah dua orang penculik menculik Anis semasa Anis balik ke Malaysia. Anis diselamatkan oleh Hakimi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lokasi Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dilakukan disekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Christchurch, New Zealand.