Mr. Donat Karamel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Mr. Donat Karamel
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahAzman Yahya (Jinggo)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanJangan Kecam Cintaku - Bahrain Rahman
Lagu penutupJangan Kecam Cintaku - Bahrain Rahman
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13 Episode
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Siaran asal2 November 2016 – 8 Disember 2016
Kronologi
MengikutiSweetie Nanie
Diikuti olehSein dan Luna

Mr. Donut Karamel ialah siri drama Malaysia tahun 2016 arahan Azman Yahya (Jinggo), dibintangi oleh Hafidz Roshdi, dan Azira Shafinaz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 2 November 2016 menggantikan Sweetie Nanie. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017

  • Top 5 Lagu OST Pilihan -Jangan Kecam Cintaku (Bahrain Rahman)
  • Top 5 Pasangan Pilihan -Hafidz Roshdi & Azira Shafinaz
  • Top 5 Pengarah Pilihan - Azman Haji Yahya
  • Top 5 Aktor Pilihan - Hafidz Roshdi
  • Top 5 Aktres Pilihan -Azira Shafinaz
  • Top 5 Antagonis Pilihan-Idris Khan
  • Top 5 Drama Pilihan-Mr Donat Karamel (JS Pictures)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Mr Donat Karamel. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021