Mr. Mama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mr. Mama
Genre
PenciptaShahrulezad Mohameddin
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod39
Penerbitan
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohamedin
Penyunting
  • Harlina Abd. Ghani
  • Angge Hj. Bakri
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 April 2008 – 26 Januari 2011

Mr. Mama ialah sebuah siri drama televisyen komedi keluarga Malaysia 2008 dibintangi oleh Rashidi Ishak (digantikan oleh Arash Mohamad mulai musim kedua) dan Jasmine Ashraff. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 29 April 2008 hingga 26 Januari 2011.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2][3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Musim Pertama

Mengisahkan kehidupan Fikri dan Suria yang sibuk mengendalikan projek besar syarikat masing-masing. Fikri yang merupakan seorang peguam, baru mendapat satu kes besar di syarikat guamannya dan jika berjaya, dia dijanjikan oleh ketuanya, Tuan Bakri untuk mendapat sebahagian daripada saham syarikat. Suria yang bekerja sebagai arkitek pula sedang sibuk menyiapkan rekaan untuk binaan sebuah hotel lima bintang. Pelbagai masalah melanda yang kemudiannya membuatkan Fikri sanggup melepaskan kerjayanya demi memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak.Namun malangnya Fikri meninggal dunia dalam kemalangan motorsikal yang membuatkan Suria kehilangan orang tersayang dan terpaksa membesarkan Aliya,Alif,Afif tanpa Fikri ,sementara itu Badrul (dipertengahan episod) kekasih lama Suria yang kehilangan kerja terjumpa di tempat kerja Suria untuk meminta kerja, akhirnya Badrul menggantikan posisi arwah Fikri yang juga kawan sepengajian.


Musim Kedua

Suria bersama Aliya,Alif dan Afif berpindah ke kediaman baru untuk melupakan kenangan rumah lama dan Badrul kembali menjadi penganggur, tetapi oleh sebabkan satu perkara tidak diingini tiga beradik membuatkan Badrul kembali menggalas sebagai Mr Mama untuk kali 2 dan bermula ragam mereka berlima hadapi jiran Melah serta banyak lagi.Badrul & Suria mula menyukai meskipun agak berat ingin bersama tetapi akhirnya Suria menerima lamaran Badrul dan berkahwin kali 2.


Musim Ketiga (akhir)

Di musim akhir, Suria,Badrul,Aliya,Alif dan Afif sekali lagi berpindah ke rumah baru,dalam pada itu Badrul dan Suria menerima kehadiran ibu Badrul yang cerwet.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2008 Anugerah Skrin 2008 Drama Komedi Terbaik Menang [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Metra Syahril Mohamed (30 April 2008). "Mr. Mama - Rashidi OK, Jasmine tolak". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 17 Mac 2013.
  2. ^ Mr. Mama Musim 1 (2008): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  3. ^ Mr. Mama Musim 2 (2009): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  4. ^ Mr. Mama Musim 3 (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  5. ^ Siti Azira Abd Aziz (23 April 2008). Jasmine idam suami seperti Mr. Mama mStar Online. Dicapai pada 17 Mac 2013.
  6. ^ Mr. Mama kembali hangatkan TV3 mStar Online (21 Oktober 2010). Dicapai pada 17 Mac 2013.