Mr. Millennium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mr. Millennium
Genre
Ditulis olehPanel MIG
PengarahAzmi Hata
Dibintangi oleh
  • Aqasha
  • Cristina Suzanne
Lagu pembukaan"Boom Bada Boom" nyanyian Erul Omar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9 (Slot Diandra)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Disember 2021 – 28 Disember 2021
Kronologi
MengikutiKeluarga Untuk Disewa
Diikuti olehOh My Hantaran

Mr. Millennium ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Azmi Hata. drama bersiri ini dibintangi Aqasha dan Cristina Suzanne. Siri ini memulakan tayangan di Slot Diandra (TV9) bermula 7 Disember 2021 menggantikan Keluarga Untuk Disewa.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Jamil dan Mastora ialah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60an. Walaupun mereka tidak dikurniakan anak tetapi Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden!

Jamil terpinga-pinga dengan infrastruktur serba moden telah menimbulkan banyak insiden lucu. Tambahan pula, Jamil jumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora waktu muda, Qistina. Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya.

Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Sementara itu, Mastora juga tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Aqasha sebagai Jamil
  • Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
  • Esma Daniel sebagai Dato King
  • Ady Mohammad sebagai Man Toba
  • Danial Amri sebagai Badul
  • Shukry Ramlee sebagai Bujar
  • Nur Faa sebagai Maria
  • Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
  • Amrel Norman sebagai Malik
  • Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
  • Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
  • Fieza Hanafie sebagai Mak Seha

Rujukan[sunting | sunting sumber]