Mu’awin at-Tafwidh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mu’awin at-Tafwidh adalah pembantu yang diangkat oleh Khalifah untuk membantunya dalam mengembang tanggungjawab dan melaksanakan tugas-tugas kekhilafahan. Melalui Mu’awin, Khalifah mendelegasikan kepadanya pengaturan pelbagai urusan menurut pendapatnya dan melaksanakannya berdasarkan ijtihadnya sesuai dengan ketentuan hukum syara’. Dengan kata lain, Khalifah telah memberinya bidang kuasa secara umum dan juga kedudukan untuk mewakili Khalifah. Al-Hakim dan Tirmizi telah menuturkan riwayat dari Abu Said al-Khudri yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Dua orang pembantu (wazir)ku dari langit adalah Jibril dan Mikail dan dari bumi adalah Abu Bakar dan Umar”. Kata ‘wazir’ dalam hadis ini adalah bermakna pembantu dan penolong. Ia bersifat mutlak mencakup semua bentuk bantuan dan pertolongan, dalam semua urusan. Dari hadis ini juga dapat difahami bahawa (bilangan) Mu’awin boleh lebih dari satu orang.

Sejarah Mu’awin at-Tafwidh[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar, setelah diangkat sebagai Khalifah, juga telah mengangkat Umar al-Khattab sebagai Mu’awin di mana peranan Umar sebagai Mu’awin sangat menonjol. Setelah Umar menjabat jawatan Khalifah, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib menjadi dua orang Mu’awinnya. Pada masa Utsman (menjadi Khalifah), Ali dan Marwan bin al-Hakam menjadi dua Mu’awin Utsman. Berkenaan Mu’awin ini, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa jika Mu’awin itu seorang wazir (pembantu) yang baik, maka ia akan memberi manfaat yang besar kepada Khalifah, kerana ia akan mengingatkan Khalifah dengan segala kebaikan dan membantu Khalifah untuk melaksanakannya. Aishah radhiAllahu ‘anha pernah mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda,

“Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang amir (Imam/Khalifah), Allah akan jadikan baginya seorang pembantu (wazir) yang jujur dan benar; jika ia lupa wazir itu akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu akan membantunya. Jika Allah menghendaki terhadap amir itu selain yang demikian, Allah akan jadikan baginya wazir yang jahat/buruk; jika ia lupa wazir itu tidak akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu tidak akan membantunya” [HR Ahmad].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]