Mu’awin at-Tanfiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mu’awin at-Tanfiz (juga dikenali Wazir at-Tanfiz atau Wuzara’ at-Tanfiz) adalah pembantu yang diangkat oleh Khalifah dalam urusan pentadbiran (administrasi). Wazir tanfiz merupakan penghubung Khalifah dengan (i) struktur dan instansi negara (ii) dengan rakyat dan (iii) dengan negara luar. Ia bertugas menyampaikan polisi-polisi Khalifah kepada mereka dan menyampaikan informasi dari mereka kepada Khalifah. Wazir at-tanfiz diangkat sebagai pembantu Khalifah dalam hal pelaksanaan berbagai-bagai urusan. Tugasnya hanyalah tugas administrasi, bukannya tugas pemerintahan. Jabatannya merupakan lembaga pelaksana yang melaksanakan pelbagai polisi yang dikeluarkan oleh Khalifah kepada instansi-instansi dalam negeri dan juga luar negeri, di samping menyampaikan informasi dari berbagai-bagai instansi tersebut kepada Khalifah.

Mu’awin at-Tanfiz ini berhubung secara langsung dengan Khalifah sebagaimana halnya Mu’awin a-Tafwidh, dan kedua mereka adalah dalam posisi sebagai orang dekat (bithanah) Khalifah. Tugas keduanya bersentuhan secara langsung dengan Khalifah yang mana mengharuskan diri mereka supaya sentiasa rapat dan bertemu empat mata dengan Khalifah. Oleh kerana itu, sebagaimana syarat Khalifah, kedua Mua’win ini mestilah lelaki dan tidak boleh sekali-kali dijawat oleh orang kafir, kerana kedudukannya yang sangat dekat dan rapat dengan Khalifah (bithanah). Hal ini berdasarkan firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam/yang dipercayai” (bithanah). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu...” [TQM Ali Imran (3):118].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]