Daerah Muallim
![]() Daerah Perak Darul Ridzuan |
|
Muallim | |
Pejabat daerah | Tanjung Malim |
---|---|
Pegawai daerah | Nor Sham Rahman |
Kawasan | |
- Jumlah | 934.35 km² |
Populasi | |
- Anggaran 2015 | 69,639[1] |
- Kepadatan | 74.53/km² |
Muallim ialah daerah kesebelas di negeri Perak. Ia telah diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim.[1][2]
Daerah ini sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Ia berkeluasan 93,434.65 hektar (934.3465 km2) dan merangkumi tiga mukim: Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat. Kawasan-kawasan yang dirangkumi daerah ini termasuk Tanjung Malim, Trolak, Slim, Proton City dan sebahagian Behrang.[2][3] Populasi daerah ini sewaktu pengisytiharannya adalah 69,639.[1] Daerah Muallim terletak dalam Parlimen Tanjung Malim dengan dua Dewan Undangan Negeri: Slim dan Behrang.[3][4]
Asal nama daerah Muallim adalah daripada perkataan Arab muallim yang bermaksud orang yang ahli dalam bidang agama. Nama yang berkaitan ilmu dan ilmuwan ini dipilih berdasarkan latar sejarah daerah ini: di daerah ini terletaknya Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi pusat pengajuan tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.[2][3][5]
Daerah ini telah mendapat kelulusan Kabinet pada 10 April 2015 dan telah diwartakan pada 1 Oktober tahun yang sama.[3][6] Nor Sham Rahman telah dilantik sebagai Pegawai Daerah bagi daerah ini pada 1 Disember 2015, menjadikan beliau wanita kedua yang dilantik sebagai Pegawai Daerah di Perak selepas Latipah Sehibi yang telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kampar pada April tahun tersebut.[6]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c "Tanjung Malim Kini Dikenali Daerah Muallim". Berita RTM. 11 Januari 2016. Diarkibkan daripada original pada 11 Januari 2016. Dicapai 11 Januari 2016.
- ^ a b c Mohd Hafizee Mohd Arop (11 Januari 2016). "Muallim daerah ke-11 Perak". Harian Metro. Diarkibkan daripada original pada 11 Januari 2016. Dicapai 11 Januari 2016.
- ^ a b c d Shamsul Kamal Amarudin (11 Januari 2016). "Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak". BHOnline. Diarkibkan daripada original pada 11 Januari 2016. Dicapai 11 Januari 2016.
- ^ "Tanjong Malim Kini Dikenali Daerah Muallim". BERNAMA. 11 Januari 2016. Dicapai 11 Januari 2016.
- ^ "Sultan Perak Isytihar Muallim Daerah Perak ke-11". Perak Today. 11 Januari 2016.
- ^ a b "Nor Sham Dilantik Sebagai Pegawai Daerah Muallim". Perak Today. 2 Disember 2015. Dicapai 11 Januari 2016.