Pergi ke kandungan

Jalan Pintasan Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Muar Bypass)
Laluan Persekutuan 224 shield
Laluan Persekutuan 224
Pintasan Muar
Maklumat laluan
Panjang13.88 km (8.62 bt)
Wujud2002–kini
SejarahSiap pada 2005
Simpang utama
Jalan lingkaran mengelilingi Bandar Maharani Muar
Hujung utaraParit Bunga
Persimpangan utama LP 5 LP 19 Lebuh AMJ
LP 23 Laluan Persekutuan 23
J62 Jalan Bakar Batu
J60 Jalan Ismail Desa
J24 Jalan Salleh
J32 Jalan Muar–Labis
J-- Jalan Sungai Abong
LP 24 Laluan Persekutuan 24
J-- Jalan Dato' Hj Kosai
J31 Jalan Parit Jawa
LP 5 Laluan Persekutuan 5
Hujung selatanParit Sakai
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama
Pagoh, Yong Peng, Parit Jawa, Batu Pahat
Sistem lebuh raya

Jalan Pintasan Muar atau Laluan Persekutuan 224 ialah sebuah rangkaian lebuh raya pintasan utama dan lebuh raya pertama di bandar Muar, Johor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 13 kilometer itu bermula dari pekan Parit Bunga hingga ke Parit Sakai, Jalan Abdul Rahman. Rangkaian lebuh raya ini dihubungkan melalui sebuah Jambatan Kedua Muar yang menyeberangi Sungai Muar.

Jambatan Kedua Muar di Jalan Pintasan Muar.

Pembinaan jalan pintasan dan Jambatan Kedua Muar adalah bertujuan untuk mengalihkan kesesakan yang sering berlaku di Jambatan Sultan Ismail Muar di Laluan Persekutuan 5 yang merupakan satu-satunya laluan untuk ke bandar Muar dan lain-lain destinasi seperti ke Batu Pahat dan Johor Bahru dari bandar Tangkak. Ia merupakan laluan alternatif untuk pengguna dan kenderaan berat khasnya.

Cadangan pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1998. Ia mula dibina pada tahun 2002 oleh Jabatan Kerja Raya dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd sebagai kontraktor utamanya. Pembinaannya siap pada tahun 2005.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Jalan Pintasan Muar merupakan laluan sepanjang 13 km bermula dari persimpangan-Y Parit Bunga ke Melaka dan Tangkak/Segamat merentasi Sungai Muar dan terus ke timur dan melalui jalan-jalan utama di Muar termasuk Jalan Salleh dan Jalan Bakri dan kemudiannya menuju ke selatan dan berakhir di Parit Sakai, Jalan Abdul Rahman, Muar dengan Jambatan Kedua Muar merupakan jambatan yang merentasi Sungai Muar.

Istimewa projek

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri utama jalan pintasan ini ialah Jambatan Kedua Muar. Ciri-cir lain termasuk jejantas pejalan kaki dan persimpangan kompleks Parit Bunga, di mana merupakan persimpangan bertingkat pertama di Muar. Pintasan ini merupakan jalan raya kembar 4-lorong dengan simpanan tanah untuk pelebaran dan pembinaan persimpangan baru pada masa depan.

Sebahagian besar Laluan Persekutuan 224 dibina di bawah piawaian jalan JKR R5, dengan had laju maksimum sebanyak 90 km/j.

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan jalan pintasan ini terletak di negeri Johor.

Petunjuk:

Telah sorok sebahagian kandungan belum terjemah, terjemah halaman ini.
Daerah Km Keluar Nama Destinasi Nota
Muar 0.0 11 Parit Sakai I/S LP 5 Jalan Abdul Rahman – Bandar Maharani Bandar Diraja (Town Centre) (Royal Town), Tanjung Emas, Parit Jawa, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kukup T-junctions
10 Jalan Temenggong Ahmad I/S J31 Jalan Temenggong Ahmad – Bandar Maharani Bandar Diraja (Town Centre) (Royal Town), Parit Bakar, Parit Jawa, Batu Pahat Junctions
9 Jalan Dato' Haji Kosai I/S J140 Jalan Dato' Haji Kosai – Parit Bakar Darat, Parit Jawa Junctions
8 Simpang Jeram I/S LP 24 Jalan Muar–Yong Peng – Bandar Maharani Bandar Diraja (Town Centre) (Royal Town), Bakri, Parit Sulong, Yong Peng Junctions
BR Sungai Abong Bridge
Parit Keliling Sungai Abong Bridge
7 Sungai Abong I/S J-- Jalan Sungai Abong – Sungai Abong, Malaysian Road Transport Department (JPJ) district branch office Junctions
6 Kampung Tengah I/S J-- Jalan Kampung Tengah – Kampung Tengah, Sungai Abong, Malaysian Road Transport Department (JPJ) district branch office Junctions
5 Jalan Parit Buaya I/S J29 Jalan Parit Buaya – Sungai Abong, Malaysian Road Transport Department (JPJ) district branch office Junctions
L/B BH Petrol L/B BH Petrol L/B –
BR Sungai Runtong bridge
4 Temiang I/S J-- Jalan Utama 1 – Taman Temiang Utama, Jalan Kim Kee Junctions
Sungai Terap-WCE Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Dalam pelan
3B Bukit Treh I/S J24 Jalan Salleh – Bandar Maharani Bandar Diraja (Town Centre) (Royal Town)
J32 Jalan Muar–Labis – Labis, Bukit Kepong, Pagoh, Bukit Pasir, Bandar Universiti Pagoh
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Malacca, Johor Bahru
Junctions
3A Jalan Bukit Treh Exit Jalan Bukit Treh – Kampung Bukit Treh From Malacca only
2 Jalan Ismail Desa I/S Jalan Ismail Desa – Jalan Bakariah, Medan Ikan Bakar Sabak Awor (Sabak Awor fish grill spot) Junctions
L/B Caltex L/B Caltex L/B –
1 Bakar Batu I/S J62 Jalan Bakar Batu – Jalan Bakariah, Medan Ikan Bakar Sabak Awor (Sabak Awor fish grill spot) Junctions
L/B Petronas L/B Petronas L/B – Malacca bound
BR Jambatan Sungai Muar
Jambatan Kedua Muar
Sungai Muar
Mula/tamat jambatan
Sempadan daerah Muar–Tangkak BR Jambatan Sungai Muar
Jambatan Kedua Muar
Sungai Muar
Panjang: 632 m
Tangkak 0 Jambatan Sungai Muar
Jambatan Kedua Muar
Sungai Muar
Parit Bunga I/C
LP 23 Laluan Persekutuan Malaysia 23 – Sungai Mati, Tangkak, Jementah, Segamat, Gunung Ledang, Bukit Gambir
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Malacca, Johor Bahru
LP 5 Jalan Kesang – Tanjung Agas, Bandar Maharani Bandar Diraja (Town Centre) (Royal Town)
Half-diamond interchange with ramp to Tangkak
Mula/tamat jambatan
Menuju ke LP 5 Laluan Persekutuan Malaysia 5 / LP 19 Lebuh AMJ

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]