Muay Boran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muay Boran adalah satu seni bela diri Thai purba. "Muay" merujuk kepada "boxing" dalam Bahasa Inggeris dan "Boran" merujuk kepada "purba" dalam Bahasa Melayu. Muay boran adalah satu teknik yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Thai pada zaman dahulukala. Setiap teknik yang terdapat dalam muay boran boleh menjuruskan kepada kematian atau kecederaan yang parah kepada pihak lawan kerana setiap teknik dilancarkan adalah dengan kekuatan dan kepantasan maksimum. teknik yang digunakan adalah seperti kaki, siku, lutut, dan tangan.

Muay boran telah dipopularkan kepada masyarakat dunia melalui filem Thailand "Ongbak" dan "Tom Yam Goong" yang menampilkan Tony Jaa sebagai watak utama. Semua perlawanan dan pertandingan muaythai yang kita lihat pada hari ini adalah Muay Thai moden yang tidak semua teknik berbahaya yang dibenarkan dalam petandingan. Selepas kemajuan teknologi dicapai dalam peperangan, Muay Boran yang dahulunya digunakan oleh pahlawan Thai dalam peperangan tidak lagi digunakan dalam peperangan dan telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu "Rewkwa Thasao", "Chalart Lobburee", "Matnack Khorat", dan "Thadi Chaiya". Tony Jaa telah belajar satu bahagian Muay Boran iaitu "Muay Matnack Khorat". Pada hari ini,adalah amat susah untuk mencari orang yang mengajarkan Muay Boran ini walaupun di Thailand sendiri kerana bilangan pelatihnya yang amat sedikit serta disembunyikan dan tidak ditunjukkan oleh pelatih-pelatihnya. Kebanyakan sekolah di Thailand hanya menawarkan Muay Thai moden dan ada sekolah yang menggunakan nama Muay Boran tetapi hanya mengajar Muay Moden untuk mencari keuntungan lebih.

Salah seorang jaguh yang amat terbilang dalam Muay Boran adalah Nai Khanomtom. Beliau merupakan seorang pejuang dan pahlawan Thai pada kurun ke-17. Cerita tentang beliau selalunya diceritakan secara lisan secara turun-temurun dikalangan pelatih-pelatih Muay Thai. Hari "National Boxing Day" disambut sempena kejayaan beliau dan disambut setiap tahun di Thailand. Salah satu bahagian Muay Boran yang dapat kita lihat pada hari ini adalah melalui filem Tony Jaa.