Muaz Fitri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muaz Fitri
Kelahiran
Muaz Aidil Fitri bin Maslan

(1991-04-26) 26 April 1991 (umur 32)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007, 2011–kini

Muaz Aidil Fitri Maslan (lahir 26 April 1991) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Antara kredit lakonannya ialah Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa? dan Pesan Pada Hati, namun lebih dikenali menerusi drama Takdir Yang Tertulis.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Muaz memulakan kerjaya lakonan pada 2007 dengan membintangi pementasan teater Siti Di Alam Fantasi yang berlangsung di Istana Budaya, ketika itu beliau baru berusia 16 tahun, namun meninggalkan bidang lakonan buat seketika kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya di sekolah. Pada tahun 2013, beliau membintangi drama pertama lakonannya, Misiku Kuza, kemudian diikuti oleh Baby Ana Milik Siapa? pada 2014. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif membintangi beberapa drama termasuk Seharum Kasih (2017), Aurora Aisyah (2019) dan Cari Aku Di Syurga (2019–2020). Kejayaannya hadir pada 2021 apabila beliau melakonkan watak Hakim dalam drama Takdir Yang Tertulis lakonan bersama Nazim Othman, Alvin Chong, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.[3][4][5] Beliau bakal muncul dengan filem pertama lakonannya, Inflakasta yang sedang menjalani penggambaran.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Muaz bertunang dengan pengurusnya, Qaseh Anita pada 12 Julai 2022 selepas 4 tahun bercinta.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
TBA Inflakasta Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Misiku Kuza Astro Ria Drama pertama
2014 Baby Ana Milik Siapa? TV3
2017 Seharum Kasih TV1
2019 Aurora Aisyah
Cari Aku Di Syurga Cikgu Haikal TV3
Pesan Pada Hati Ustaz Taufiq
2019–2020 Lara Syakila Akob TV1
2020 Setiaku Di Sini Unifi TV
2021 Takdir Yang Tertulis Hakim TV3
Scammer Kahar Astro Ria
28 Hari Mencari Cinta Nasir TV3
2022 3 Nota Cinta Khairul
2023 Cinta Yang Tertangguh Jafni TV1
Melastik Ke Hatimu 2 Fahmi TV3
Tanah Kubur (Musim 16) Yus Astro Oasis Episod: Aku Bukan Pondan
2024 Malang Si Puteri Azlan Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Dosa Semalam TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2007 Siti Di Alam Fantasi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wawann Mohd (26 Februari 2021). "Muaz Fitri terkejut dapat perhatian luar biasa daripada peminat". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  2. ^ Norhayati Nordin (6 Mei 2021). "Muaz tak memilih". Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 Mac 2021). "Hampir patah semangat". Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  4. ^ Norhayati Nordin (13 Julai 2021). "'Jahat' Muaz menjadi". Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  5. ^ Norhayati Nordin (2 Ogos 2019). "Muaz sudah jumpa hala tuju". Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  6. ^ Farol Hadi (13 Julai 2022). "Muaz Fitri bertunang dengan pengurus selepas 4 tahun bercinta, rancang kahwin hujung tahun ini". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]