Mubarak Al-Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mubarak Sabah II Al-Jaber I Al-Sabah
الشيخ مبارك بن صباح الصباح
Mubarak Al-Sabah of Kuwait.jpg
Amir Kuwait
Pemerintahan1896–1915
Didahului olehMuhammad Al-Sabah
Diikuti olehJaber II Al-Sabah
Keputeraan1839
Bandar Kuwait, Masyakhah Kuwait
Kemangkatan28 November 1915(1915-11-28) (umur 75–76)
AyahandaSabah II Al-Sabah
BondaLulwa bint Muhammad Al-Thaqib

Sheikh Mubarak bin Sabah Al-Sabah, KCSI, KCIE (Arab: الشيخ مبارك بن صباح الصباح, 1839 - 28 November 1915) atau Mubarak al-Kabir (مبارك الكبير‎, "Mubarak yang Agung") adalah penguasa Kuwait dari 18 Mei 1896 sehingga kemangkatannya pada 28 November 1915. Mubarak menguasai takhta dengan membunuh saudaranya, Muhammad bin Sabah.

Mubarak merupakan penguasa ketujuh dinasti Al-Sabah. Mubarak juga merupakan bapa dari dua penguasa Kuwait penting, Jaber II Al-Sabah dan Salim Al-Mubarak Al-Sabah.

Sheikh Mubarak memperoleh pengakuan diplomatik atas Kuwait oleh Empayar Uthmaniyah tahun 1897. Beliau menandatangani traktat protektorat dengan United Kingdom pada 23 November 1899.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Mubarak Al-Sabah
Tarikh keputeraan: 1837 Tarikh kemangkatan: 28 November 1915
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Muhammad Al-Sabah
Sheikh Kuwait
1896–1915
Diikuti oleh:
Jaber II Al-Sabah