Muhaini Zainal Abidin
Muhaini Zainal Abidin | |
|---|---|
| Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-9 | |
| Dalam jawatan 21 Ogos 2021 – 24 November 2022 | |
| Didahului oleh | Puan Sri Noorainee Abdul Rahman |
| Digantikan oleh | |
| Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14 | |
| Dalam jawatan 7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021 | |
| Didahului oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Muhaini binti Zainal Abidin 12 November 1961 |
| Pasangan | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (65 tahun) (k. 1986) |
| Anak | Datin Nina Sabrina Ismail Sabri Gadaffi Ismail Sabri Iqbal Ismail Sabri Nashriq Ismail Sabri |
| Kediaman | Seri Perdana |
| Dikenali dengan | Isteri kepada Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 |
Yang Hormat Dato' Sri Muhaini binti Zainal Abidin merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.[1] Pada tahun 1986, beliau berkahwin dengan Ahli Parlimen Bera, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 20 Ogos 2021.[1][2][3] Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14 di bawah Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dari 7 Julai 2021 sehingga 16 Ogos 2021. Mereka dikurniakan 4 anak — 1 perempuan dan 3 lelaki.[2][3] Salah seorang anak lelaki beliau, Dafi (nama penuh Gadaffi bin Ismail Sabri), merupakan peserta Akademi Fantasia (musim 5) pada 2007.[2][3] Anak perempuan tunggal beliau, Datin Nina (nama penuh Nina Sabrina binti Ismail Sabri), telah mengahwini pereka fesyen bernama Dato' Jovian Mandagie.[2][3]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Pahang :
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2015)
