Muhamad Akmal Saleh
![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
YB Dr. Muhamad Akmal Saleh | |
---|---|
![]() | |
Memegang jawatan 12 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Asyraf Wajdi Dusuki |
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Memegang jawatan 26 November 2021 | |
Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
Didahului oleh | Rahmad Mariman |
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Merlimau | |
Memegang jawatan 27 Disember 2021 | |
Didahului oleh | Roslan Ahmad |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muhamad Akmal bin Saleh 2 Julai 1988 Merlimau, Melaka |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Dr. Fatin Nadhirah Idrus |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | Universiti Perubatan Negara Rusia |
Pekerjaan | Doktor perubatan dan ahli politik |
Dr. Muhamad Akmal bin Saleh adalah merupakan EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka.[1][2] Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Merlimau.[3][4]
Pada 2018, selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU 13, beliau telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin.
Beliau telah dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi N28 Merlimau pada Pilihanraya Negeri Melaka ke 14. Beliau telah menang dengan majoriti 3248, majoriti paling tinggi bagi seluruh negeri Melaka.
Tahun 2023, beliau telah menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan telah menang dengan 121 undi mengalahkan tiga orang pencabarnya.
Beliau juga menang dengan bergaya pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Jasin pada tahun 2023.
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Konstituensi | Undian | % | Lawan | Undian | % | Jumlah mengundi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N27 Merlimau, P139 Jasin | Muhamad Akmal Saleh (UMNO) | 5,633 | 58.43% | Azrin Abdul Majid (AMANAH) | 2,385 | 24.74% | 9,640 | 3,248 | 68.79% | ||
Abdul Alim Shapie (PAS) | 1,622 | 16.83% |
Kenyataan dan tindakan terhadap isu-isu semasa.[sunting | sunting sumber]
Isu[sunting | sunting sumber]
Mempersoal kewajaran peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM15.7 juta kepada sekolah persendirian Cina. [6][sunting | sunting sumber]
Dr. Muhamad Akmal bin Saleh (Dr. Akmal) melalui kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO telah mempersoalkan kewajaran peruntukan tersebut dengan membandingkan peruntukan tersebut dengan peruntukan kepada sekolah agama atas dasar hak dan keadilan serta kepentingan sejagat.[7] [8]. TIndakan Dr. Akmal ini dilihat oleh Presiden Dong Zong Selangor dan Kuala Lumpur, Chua Kim Boon, sebagai memainkan isu perkauman demi kelangsungan politik Dr. Akmal sendiri serta menggesa kerajaan Persekutuan mengambil tindakan terhadap Dr. Akmal.[9].
Dr. Akmal membidas kenyataan Chua Kim Boon melalui hantaran Facebook pada 2 Mei 2023, menyatakan bahawa tindakan mempersoal dan membanding jumlah peruntukan antara sekolah persendirian Cina dan sekolah agama bukanlah bersifat politik tetapi isu hak setiap institusi pendidikan dan hak setiap rakyat di negara ini[10].
Pada awal Oktober 2021,peruntukan yang hampir sama sebanyak RM 15 juta juga telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah persendirin Cina[11], namun Dr. Akmal sebagai ADUN Merlimau dibawah parti UMNO pada ketika itu tidak pula mempersoalkan peruntukan tersebut secara terbuka . Dr Akmal menyatakan bahawa pendiriannya yang konsisten sejak "dahulu lagi" , iaitu "peruntukan yang diberi perlulah adil secara purata tanpa mengira kerajaan"
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Akmal ADUN termuda dilantik EXCO Melaka". BHarian. November 26, 2021. Dicapai pada 2 Disember 2021.
- ^ 11 ADUN angkat sumpah sebagai EXCO Melaka
- ^ "Dr Akmal Barisan Nasional menang di Merlimau". Malaysia Gazette. 20 November 2021. Dicapai pada 19 Julai 2022.
- ^ MUHAMAD AKMAL BIN SALEH
- ^ "N.27 MERLIMAU". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/662861
- ^ https://umno-online.my/2023/04/29/pemuda-umno-gesa-kerajaan-semak-kadar-peruntukan-purata-sekolah-menengah-persendirian/
- ^ https://www.facebook.com/photo/?fbid=10160836064137904&set=a.10150292696397904
- ^ https://www.malaysianow.com/my/news/2023/05/02/dong-zong-mahu-kerajaan-bertindak-selepas-pemuda-umno-persoal-dana-sekolah-cina
- ^ https://www.facebook.com/photo?fbid=10160841185957904&set=a.10150292696397904
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/593584