Muhamad Khalid Jamlus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muhamad Khalid
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhamad Khalid Jamlus
Tarikh lahir (1977-02-23) 23 Februari 1977 (umur 40)
Tempat lahir Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10+18 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Kelantan
Nombor 25
Kerjaya remaja
1993-1997 Perak
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1998
1999-2004
2005-2006
2006-2008
2009-
Olimpik 2000
Perak
Selangor
Perak
Kelantan
00 (8)
00 (51)
00 (9)
00 (28)
11 (5)
Pasukan kebangsaan
1998-2005 Malaysia 21 (8)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 11 April, 2009.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 31 Ogos, 2008

Muhamad Khalid Jamlus merupakan pemain bola sepak Malaysia yang mewakili Kelantan dan bermain sebagai penyerang. Dia merupakan bekas pemain pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Pada tahun 2002, dia pergi mengikuti ujian pemilihan di Eintracht Frankfurt.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada musim pertamanya bersama Perak, Khalid merupakan pemain paling diminati. Khalid menjalani ujian pemilihan di Eintrach Frankfurt pada 2002,namun dia gagal meyakinkan kelab itu untuk mengambilnya.Bakat Khalid disedari oleh sebuah lagi kelab divisyen dua Jerman,SV Greuther Furth yang bersedia memberi kontrak.Bagaimanapun Khalid mengalami kecederaan betis pada sesi pemilihan terakhir sekaligus meranapkan impiannya untuk kekal di Jerman.Pada musim 2004, dia berpindah dan mengikat kontrak bersama Selangor. Selepas dua musim bersama Selangor, Khalid kembali ke Perak dan membentuk gandingan sensasi bersama Keita Mandjou apabila menjaringkan 15 daripada 36 gol. Ini sekaligus meletakkannya selaku pendahulu untuk Anugerah Penyerang Paling Popular Anugerah Bola Sepak Malaysia.[2]

Pada musim 2008, Mandjou meninggalkan Perak dan Khalid membentuk gandingan bersama Carlos Cáceres.

Pada musim 2009, Khalid dan Ahmad Azlan Zainal bersama-sama mengikat kontrak dengan Kelantan.

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Khalid mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada 2001 di bawah jurulatih, Allan Harris. Walaubagaimanapun, dia bersama Azmin Azram Abdul Aziz dan Kamarulzaman Hassan disingkirkan dari skuad kebangsaan apabila didapati berada di kelab malam sebelum bermulanya kelayakan Piala Dunia 2002.[3]

Khalid Kembali bersama pasukan kebangsaan pada 2002 dengan mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia dalam kejohanan Sukan Asia di Busan. Dia menjaringkan hattrick ketika menentang Maldives namun itu belum cukup untuk membantu Malaysia layak ke pusingan kedua. Pada 2004, Khalid menunjukkan prestasi yang menbanggakan apabila menjadi penjaring kedua terbanyak dalam kejohanan Piala Tiger 2004. Dia turut meledak dua gol ketika perlawanan menentang Thailand untuk membantu Malaysia layak ke separuh akhir.[4]

Selepas Piala Tiger, Khalid langsung tidak dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan meskipun dia muncul selaku penjaring terbanyak tempatan.

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandigan
1. 5 Mei, 2001 Lautoka, Fiji  Fiji 4-1 Kalah Persahabatan
2. 16 Julai, 2002 Kuantan, Malaysia  Singapura 1-2 Kalah Persahabatan
3. 10 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia  Filipina 4-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
4. 10 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia  Filipina 4-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
5. 14 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia  Thailand 2-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
6. 14 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia  Thailand 2-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
7. 3 Januari, 2005 Kuala Lumpur, Malaysia  Indonesia 1-4 Kalah Separuh akhir Piala Tiger 2004
8. 15 Januari, 2005 Singapura, Singapura  Myanmar 2-1 Menang Tempat 3/4 Piala Tiger 2004

Rujukan[sunting | sunting sumber]