Muhamad Nizam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhamad Nizam Md Norani atau dikenali sebagai Nizam OAG (lahir 7hb Januari 1978 di Taiping, Perak) merupakan pemain gitar kumpulan OAG. Nizam OAG mula menyertai OAG pada hujung Disember 2004 dan memulakan persembahan pertamaya bersama OAG pada awal Januari.

Nizam OAG mempunyai kelayakan Diploma In Music Production dari Manchester MIDI School, Manchester, United Kingdom dan turut bergiat dalam menganjurkan gig-gig tempatan dan konsert-konsert indie. Antara kejayaan Nizam adalah menganjurkan Konsert Indie Fest di Menara Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan 2009. Mendapat liputan meluas dari penganjuran tersebut oleh pelbagai pihak. Dia dilabelkan antara perintis baru dan menyambung perjuangan rakan-rakan yang memulakan perjuangan muzik dari zaman underground. Nizam OAG menjadikan River Cuomo dari kumpulan Weezer sebagai idola hidupnya selain Tan Sri P. Ramlee, Ian Brown dan John Squire (The Stone Roses), Ian Broudie (Lightning Seed), A.C.A.B dan Subculture sebagai pengaruh muziknya. Sehingga rencana ini ditulis, beliau masih aktif bersama band OAG dan dalam proses merakamkan single terbaru berjudul Bawah Tanah Ayer untuk dirilis pada 2014.

Profil[sunting | sunting sumber]

  • Nama Penuh : Muhamad Nizam bin Md Norani
  • Nama Panggilan : Nizam, Nizam OAG & Nizam Cuomo
  • Posisi Dalam Band : Pemain Gitar & Ketua band Notis
  • Tarikh Lahir : 7 Januari 1978, anak ke5 dari 7org adik beradik
  • Tempat Lahir : Taiping Perak
  • Pendidikan Awal : St.Goerge 1, Taiping (Darjah 1-3). SK Long Jaafar (darjah 4-6).
SM King Edward, Taiping, SMU Izzudin Shah, Ipoh, SM Darul Ridwan, Taiping (Tingkatan 1-5)
  • Pendidikan Lanjutan : SAE College, Subang Jaya (Sound Studio Engineering 2001-2002). Manchester MIDI School, Manchester U.K ( Diploma in Music Production & Construction 2002-2004).
  • Mula Bermain Gitar : Ketika Berusia 9tahun (Pinjam gitar abang). Ketika 10thn mempunyai gitar sendiri. Belajar bermain gitar dari jiran-jiran sekitar rumah.
  • Band Dianggotai : Nuestra (ketika berusia 12thn, tahun 1990). Anzac (ketika 14thn-17thn, tahun 1992-1995). Slicepin Daze (1998-2003) OAG (2004-Present) NOTIS (2009-Present), Subculture (2009)dan OrAnG (2009)
  • Band Idola : Weezer, Serafin, Oasis, Lightning Seeds, The Clash, The Stone Roses dan The Beatles.
  • Gitaris Idola : Rivers Cuomo, John Squire, Noel Gallagher & Nick Valensi
  • Penyanyi Idola : Tan Sri P.Ramlee, Ian Brown & Rivers Cuomo
  • Gitar : Fender Stratocaster 50th Anniversary (Rosewood) & Fender
Stratocaster Special Edition 60th Anniversary (Maple)
  • Band Idola Tempatan : A.C.A.B,Search & Alleycats
  • Prinsip Muzik : Muzik Makanan Kerohanian.
  • Kerjaya Sampingan : Pengurus Acara bagi syarikat swasta & kerajaan (event terbesar dianjurkan, KL INDIE FEST 08 & 09, Menara KL) dan Berniaga (Pakaian).

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Temuramah di KL Tower Indie Fest Part 2, 4 Julai 2009.
  • ROTTW