Pergi ke kandungan

Muhamad Radhi Mat Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhamad Radhi Mat Din
محمد راضي مت دين
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
(Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)
RajaSultan Sallehuddin
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Didahului olehMohd Firdaus Ahmad
(Belia & Sukan)
Portfolio ditubuhkan
(Kepenggunaan & Kos Sara Hidup)
Kawasan pilihan rayaAlor Mengkudu
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Alor Mengkudu
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehPhahrolrazi Mohd Zawawi
(PHPKR)
Majoriti10,104 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Muhamad Radhi bin Mat Din

(1965-07-17) 17 Julai 1965 (umur 59)[1]
Pokok Sena, Kedah, Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPengurus bola sepak,
Pemain bola sepak bersara
Muhamad Radhi Mat Din
Maklumat peribadi
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kedah FA (penolong jurulatih)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1986–1992 Kedah PKNK ? (?)
1986–2000 Kedah FA ? (?)
Pasukan kebangsaan
1987–1991 Malaysia 14 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Yang Berhormat Muhamad Radhi bin Mat Din (lahir 17 Julai 1965) merupakan bekas jurulatih bola sepak dan pemain bola sepak untuk skuad Negeri Kedah dan kebangsaan.Kini, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Alor Mengkudu sejak Ogos 2023.

Kerjaya bola sepak

[sunting | sunting sumber]

Beliau menghabiskan seluruh kariernya dengan bermain di bahagian tengah untuk Kedah FA, di mana beliau juga merupakan kapten paling lama berkhidmat dalam sejarah kelab bermula dari 1991 hingga 2000.[2] Radhi membuat penampilan sulung pada tahun 1986 dan mengukuhkan tempatnya dalam skuad utama pada musim 1987, menggantikan Lee Kin Hong sebagai ketua pasukan Kedah pada tahun 1991.

Radhi merupakan tonggak penting pada era keemasan kelab yang berpangkalan di Darul Aman semasa 1980-an dan 1990-an. Sepanjang era keemasan tersebut, Kedah telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak tujuh kali dari 1987 hingga 1993. Beliau telah membantu skuad Kedah untuk menjuarai Piala Malaysia pada 1990 dan 1993; gelaran Divisyen 1 pada tahun 1993; dan Piala FA pada tahun 1996.[2] Selepas Kedah memenangi kejuaraan Liga dan Piala FA pada 1993, Radhi telah diberi penghormatan dengan Pemain Terbaik Malaysia.[3]

Radhi amat disegani sebagai pemain yang mempunyai skil tersendiri dan kemahiran teknikal seperti kepelbagaian teknik jaringan gol, terjahan, sepakan sudut dan sepakan percuma serta hantaran yang amat berkualiti. Beliau telah berjaya mewakili Malaysia dari 1989 hingga 1993. Radhi juga dikenali dengan panggilan "Kapten Marvel" di kalangan peminat Kedah semasa karier bermainnya dengan watak yang sama seperti bekas pemain bola sepak Inggeris, Bryan Robson.

Antara pencapaian terbaik beliau ketika mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia , adalah di Sukan Sea 1989 dan memenangi pingat emas.[4]

Selepas karier bermainnya tamat, beliau bekerja di Kedah, berkhidmat sebagai jurulatih kedua mereka di belakang Mohd Azraai Khor Abdullah bersama bekas rakan sepasukannya dan penjaga gol legenda Kedah, Ahmad Sabri Ismail yang mana tiga daripada mereka menjana Kedah untuk merangkul gelaran treble berganda pada M.Liga musim 2006/07 dan 2007/08.[5]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 April 2018, Radhi diumumkan sebagai calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan persekutuan Pokok Sena, Kedah dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[6] Pada pilihan raya itu, Radhi memperoleh 23,401 undi dan dikalahkan oleh penyandang Mahfuz Omar daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5558 undi.[7] Beliau kemudiannya dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Alor Mengkudu selepas menewaskan Mahfuz Omar pada 2023.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[8][9][10]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 P008 Pokok Sena Muhamad Radhi Mat Din (PAS) 23,401 33.08% Mahfuz Omar (AMANAH) 28,959 40.93% 71,910 5,558 82.76%
Said Ali Said Rastan (UMNO) 18,390 25.99%
Dewan Undangan Negeri Kedah
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2023 N14 Alor Mengkudu Muhamad Radhi Mat Din (PAS) 18,936 68.19% Mahfuz Omar (AMANAH) 8,832 31.81% 27,885 10,104 72.70%
  1. ^ Radhi Mat Din - National football teams
  2. ^ a b "Kapten 'Marvel' pulang ke gagang". Wan Fai (dalam bahasa malay). Malaysia Post. 24 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2022. Dicapai pada 24 Julai 2020.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "6 Pemain Bola Sepak Yang Melibatkan Diri Dengan Politik Negara Masing-Masing". Namri Sidek (dalam bahasa malay). Iluminasi. 13 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Courtney, Barrie (2 Februari 2005). "International Matches 1989 - Asian". RSSSF.
  5. ^ Noh, Dasheer (26 Ogos 2008). "Radhi: Difficult to win double treble again". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
  6. ^ Shagar, Loshana K (15 April 2018). "'Captain Marvel' Radhi Mat Din to take on Mahfuz". TheStarOnline. Dicapai pada 25 April 2018.
  7. ^ Noorazura Abdul Rahman (10 Mei 2018). "Mahfuz pertahan Pokok Sena" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  9. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  10. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.