Muhamed Bešić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muhamed Bešić
Muhamed Besic 2014-05-03.jpg
Bešić bersama Everton pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhamed Bešić[1]
Tarikh lahir (1992-09-10) 10 September 1992 (umur 27)
Tempat lahirBerlin, Jerman
Ketinggian1.77 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniEverton
Nombor17
Kerjaya remaja
2004–2009TB Berlin
2009–2010Hamburger SV
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–2012Hamburger SV II38(0)
2010–2012Hamburger SV3(0)
2012–2014Ferencváros47(1)
2014–Everton14(0)
Pasukan kebangsaan
2010–2012Bosnia dan Herzegovina B21]]10(2)
2010–Bosnia dan Herzegovina17(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19 Januari 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16 November 2014

Muhamed Bešić (lahir 10 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Bosnia dan Herzegovina yang bermain untuk kelab Inggeris, Everton dan pasukan kebangsaan Bosnia dan Herzegovina sebagai seorang pemain tengah.

Dia memulakan kariernya di Hamburger SV, kebanyakannya bermain dalam pasukan simpanan mereka, sebelum berpindah ke kelab Hungary, Ferencvárosi TC pada tahun 2012. Dua tahun kemudian, dia menyertai Everton dengan yuran perpindahan sebanyak £4 juta.

Bešić membuat penampilan penuh antarabangsa pertamanya pada tahun 2010 dan merupakan pemain termuda dalam sejarah untuk mewakili Bosnia dan Herzegovina. Dia juga bermain ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan Berlin kepada ibu bapa Bosnia, Bešić mula bermain untuk kelab tempatan, Tennis Borussia Berlin ketika berumur sembilan tahun. Dia kekal di situ sehingga berumur 16 tahun, dimana dia kemudiannya menyertai Hamburger SV.[3] Pada 4 November 2010, Bešić melanjutkan kontraknya bersama Hamburg sehingga 1 Julai 2013.[4] Selepas dinamakan sebagai pemain gantian dalam beberapa perlawanan ketika musim 2010–11, dia membuat penampilan sulungnya dalam Bundesliga ketika menentang Borussia Dortmund pada 12 November. Bešić masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-80 ketika Dortmund sedang mendahului perlawanan 2–0.[5] Dia bermain dalam kesebelasan utama buat pertam kali dalam perlawanan Bundesliga ketika menentang Borussia Mönchengladbach, dan bermain keseluruhan 90 minit dimana mereka menang 2–1.

Pada bulan Mac 2012, Bešić digantung daripada pasukan utama, kerana kekurangan disiplin, media Bosnia juga mendakwa pengurus, Torsten Fink "mencekik" Bešić dan melemparkannya keluar dari bilik persalinan.[6]

Ferencváros[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Bešić menyertai kelab Hungary, Ferencváros. Pada 4 Julai 2013, dia menjadi duta Bosnia untuk Emmaus Mouvement.[7] Pada 12 Julai 2013, Bešić memanjangkan kontraknya bersama Ferencváros.

Everton[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2014, Bešić menandatangani kontrak lima tahun bersama Everton dengan yuran perpindahan sebanyak £4 juta.[8] Selepas menjadi pemain gantian yang tidak digunakan dalam dua perlawanan pertama liga, dia membuat penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada 30 Ogos ketika menentang Chelsea, menggantikan Romelu Lukaku pada minit ke-89; walau bagaimanapun dia membuat kesilapan pertahanan membenarkan pemain lawan, Diego Costa menjaringkan gol terakhir di mana mereka tewas 3–6 di tempat sendiri.[9] Bešić membuat penampilan kesebelasan utama buat pertama kali untuk Everton dalam Merseyside derby pada 27 September, dan dikeluarkan selepas 80 minit digantikan oleh Samuel Eto'o dan pasukannya seri 1–1 di tempat lawan dengan Liverpool.[10]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bešić mendakwa dalam satu wawancara bahawa dia menolak tawaran beraksi untuk pasukan belia Jerman, kerana dia hanya mahu bermain untuk Bosnia and Herzegovina.[11] Dia membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Bosnia dan Herzegovina pada bulan September 2010 ketika menentang Itali.[12] Pada 5 November 2010, dia dipanggil ke pasukan senior oleh Safet Sušić untuk perlawanan persahabatan pada 17 November 2010 menentang Slovakia.[13][14] Dia membuat penampilan sulungnya dalam perlawanan itu, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah bermain untuk Bosnia dan Herzegovina. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Miralem Pjanić. Bešić dipilih ke dalam pasukan kebangsaan Bosnia dan Herzegovina untuk Piala Dunia FIFA 2014, bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan menentang Argentina, Iran dan Nigeria dan Bosnia tersingkir.[15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bešić seorang Muslim tetapi mempunyai banyak tatu. Tatu pertamanya merupaka perkataan Bosanac (orang Bosnia). Dia juga mengtatukan nama ibu-bapa dan saudaranya.[16] Dia bersama rakan sepasukannya Vedad Ibišević dan Edin Višća melawat masjid di Cuiabá semasa Piala Dunia FIFA 2014.[17] Bešić merupakan duta organisasi kemanusian Bosnia "MFS-EMMAUS".[18]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan pada 19 Januari 2015.[19][20]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Hamburger SV II 2010–11[20] Regionalliga Nord 23 0 0 0 0 0 0 0 23 0
2011–12[20] Regionalliga Nord 15 0 0 0 0 0 0 0 15 0
Jumlah 38 0 0 0 0 0 0 0 38 0
Hamburger SV 2010–11[20] Bundesliga 3 0 1 0 0 0 0 0 4 0
2011–12[20] Bundesliga 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 3 0 2 0 0 0 0 0 5 0
Ferencváros 2012–13[20] Nemzeti Bajnokság I 22 1 0 0 4 0 0 0 26 1
2013–14[20] Nemzeti Bajnokság I 25 0 2 0 6 0 0 0 33 0
Jumlah 47 1 2 0 10 0 0 0 59 1
Everton 2014–15[21] Liga Perdana Inggeris 14 0 2 0 1 0 3 0 20 0
Jumlah 14 0 2 0 1 0 3 0 20 0
Jumlah keseluruhan 102 1 6 0 11 0 3 0 122 1

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ferencváros

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.evertonfc.com/player-profile/muhamed-besic
  2. ^ "Muhamed Bešić". FIFA.com. 
  3. ^ "Muhamed Bešić: Odbio sam Njemačku zbog Bosne i Hercegovine" (dalam bahasa Bosnian). reprezentacija.com. 1 September 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  4. ^ "Bešić produžio ugovor s HSV-om" (dalam bahasa Bosnian). sportin.ba. 5 November 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  5. ^ "Spielbericht Borussia Dortmund - Hamburger SV" (dalam bahasa German). fussballdaten.de. 12 November 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  6. ^ O. Škundrić (28 March 2012). "Fink daveći izbacio Bešića iz svlačionice" (dalam bahasa Bosnian). sportsport.ba. Dicapai 8 June 2012. 
  7. ^ "FTC: Besic nemes ügyek mellé állt, nagykövet lett". Nemzeti Sport. 4 July 2013. 
  8. ^ Gamble, Matthew (28 July 2014). "Besic Deal Complete". Everton F.C. Dicapai 28 July 2014. 
  9. ^ Bevan, Chris (30 August 2014). "Everton 3-6 Chelsea". BBC Sport. Dicapai 2 November 2014. 
  10. ^ Bevan, Chris (27 September 2014). "Liverpool 1-1 Everton". BBC Sport. Dicapai 2 November 2014. 
  11. ^ "Odbio Nemačku da bi igrao za BiH" (dalam bahasa Serbian). sportal.rs. 1 September 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  12. ^ "Poraz mladih Zmajeva od Italije" (dalam bahasa Bosnian). reprezentacija.ba. 3 September 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  13. ^ "Sušić: Bešić je zaslužio poziv" (dalam bahasa Bosnian). sportin.ba. 5 November 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  14. ^ "Bešić debituje u Slovačkoj" (dalam bahasa Bosnian). sportsport.ba. 5 November 2010. Dicapai 3 July 2011. 
  15. ^ "Vb 2014: "Besic lenyűgöző érettséget mutatott"". Nemzeti Sport. 16 June 2014. 
  16. ^ http://www.azramag.ba/intervju/muhamed-besic-prijatelje-nemam-vjerujem-djevojci-i-roditeljima/
  17. ^ "Bosnia-Herzegovina stars pay visit to Cuiaba mosque". Goal.com. 21 June 2014. 
  18. ^ http://www.mfs-emmaus.ba/news.aspx?nid=ESZG3cw+fUE=
  19. ^ "Muhamed Besic". Soccerbase. Dicapai 19 December 2014. 
  20. ^ a b c d e f g "M. BEŠIĆ". Soccerway. Dicapai 19 December 2014. 
  21. ^ "Games played by Muhamed Besic in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai 19 December 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]