Muhammad: The Last Prophet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad: The Last Prophet (Melayu: Muhammad: Nabi Terakhir) adalah sebuah filem animasi yang dikeluarkan oleh Badr International dan diarah oleh Richard Rich. Wayang ini ditayangkan di pawagam terhad di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Wayang ini berfokus pada kehidupan awal Islam dan Nabi Muhammad. Wayang ini telah diterbitkan pada tahun 2002.

Seperti dalam filem The Message, wayang aksi-hidup yang terdahulunya, Nabi Muhammad tidak digambarkan. Jadi apabila dia dibual kepada, atau berada dalam satu babak, watak yang bercakap kepadanya menghadap kamera.

Kredit[sunting | sunting sumber]

Dikeluarkan oleh - Badr International
Diarahkan oleh - Richard Rich
Ditulis oleh - Brian Nissen
Muzik oleh - William Kidd

Bakat suara[sunting | sunting sumber]

  • Nicholas Kadi sebagai Abu Sufyan ibn Harb
  • Richard Epcar sebagai Abu Jahl / Ketua Kaum #2 / Penasihat
  • Eli Allem sebagai Abu Talib ibn Abd al-Muttalib
  • David Llewellyn sebagai Abu Lahab / Ketua Kaum #1
  • Donal O'Sullivan sebagai Waraka ibn Nawfal / Umayyah ibn Khalaf / Penilik Nasib / Lelaki Miskin / Ketua Kaum #3
  • Lawrence Ross sebagai Al-Walid
  • Neil Kaplan sebagai Amr Ibn Al-as
  • Robert Cottrell sebagai Karhlid
  • C.S. Berkeley sebagai Hamzah / Yasir / Ketua Kaum #5
  • Brian Nissen sebagai Malek / Suhayl
  • Catherine Lavin sebagai Arwa / Jaleelah
  • Tiffany Johnson sebagai Siham
  • Mark Hunt sebagai Jahm
  • Lauren Schaffel sebagai Huda
  • Anthony Michael Jr. sebagai Hadi
  • Jerome Dixon sebagai Bilal
  • D. Hunter White sebagai Amahl
  • Leon Morenzie sebagai Raja Habsyah
  • Spencer Beglarian sebagai Bara
  • Mary Louise Gemmill sebagai Sumayyah bint Khayyat
  • Jacob Livingston sebagai Ammar
  • Michael Altobello sebagai Penjejak
  • Andrew Craig sebagai Pedagang Hamba
  • Tony Pope sebagai Salman
  • F. Blossom Dewitt sebagai Hamba Wanita Bebas
  • Ed Trotta sebagai Ketua Kaum #4 / Pengawal
  • Alexa Shelby sebagai Wanita Tua
  • Don Oscar Smith sebagai Pemilik Kedai Roti
  • Bernie Van De Yacht sebagai Pemanah
  • Julia Max sebagai Suara Tambahan
  • Gizem Güven
  • Jay Simon

2003: Versi bahasa Melayu - Muhammad Utusan Terakhir[sunting | sunting sumber]

Filem animasi Muhammad Utusan Terakhir merupakan versi alih bahasa bahasa Melayu bagi filem ini. Filem versi alih bahasa yang diterbitkan oleh Flare Studios Sdn. Bhd. ini telah dikeluarkan pada Disember 2003.[1]

Filem versi alih bahasa tersebut melibatkan barisan pelakon terkenal Malaysia sebagai pelakon suara seperti Allahyarham Dato' Mustapha Maarof, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Sani Sudin, Allahyarham Khalid Salleh, Radhi Khalid serta 49 orang pelakon tambahan.[2]

Terdapat beberapa syarikat media Islam tempatan yang diberikan kebenaran untuk memasarkan filem versi alih bahasa tersebut, bermula dengan syarikat Saba' Islamic Media. Kini, syarikat Inteam Mobile Sdn. Bhd. di bawah pengurusan kumpulan nasyid In-Team memasarkan filem tersebut dalam bentuk cakera padat video digital (DVD).[3]

Album Muhammad Utusan Terakhir[sunting | sunting sumber]

Album Muhammad Utusan Terakhir merupakan album runut bunyi untuk filem animasi versi alih bahasa Muhammad Utusan Terakhir. Album ini telah diterbitkan pada tahun 2003 oleh Flare Studios Music Sdn. Bhd.[4]

Album ini melibatkan nama-nama besar industri nasyid Malaysia seperti kumpulan Raihan, Hijjaz, NOWSEEHEART dan Saujana, serta kumpulan Alif Ila Ya dan kumpulan nasyid cilik Alif Ba Ta.

Keluaran semula dan edaran[sunting | sunting sumber]

Flare Studios Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Inteam Records Sdn. Bhd., sebuah syarikat rakaman dan pengedaran album di bawah pengurusan kumpulan nasyid In-Team, untuk menerbitkan semula album ini dan mengedarkannya pada tahun 2017.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yap Lih Huey. (2003, 30 June). RM8m animation contract breakthrough for Flare Studios. Business News, The Star Online. Dicapai pada 10 Januari 2019.
  2. ^ "Muhammad Utusan Terakhir - Dapat kelulusan JAKIM. (2003, 7 November). Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 Januari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-27. Dicapai pada 2019-01-27. no-break space character in |title= at position 29 (bantuan)
  3. ^ Muhammad Utusan Terakhir (DVD). Inteam Mobile. Dicapai pada 13 Februari 2019.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Muhammad Utusan Terakhir - Dapat kelulusan JAKIM. (2003, 7 November). Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 Januari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-27. Dicapai pada 2019-01-27. no-break space character in |title= at position 29 (bantuan)
  5. ^ "Album Muhammad Utusan Terakhir. (2017). Inteam Mobile. Dicapai pada 13 Februari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-14. Dicapai pada 2019-02-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]