Muhammad Ahmad ar-Rasyid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sheikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid (8 July 1938 - ) ialah Seorang Da'ie, dalam masa yang sama seorang Murabbi agung. Apabila membaca tulisan-tulisannya, tersentaplah hati-hati yang lalai, jiwa-jiwa yang kosong dan pemikiran-pemikiran yang songsang. Karya-karyanya menjadi rujukan pendokong-pendokong dakwah dan harakah islamiyah. • Berikut merupakan serba ringkas biografinya ; o Kuniyahnya Abu Ammar (nama haraki: Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) o Lahir di Baghdad pada 8 Julai 1938 dari keluarga Bani Izz, keturunan Ubadah dari Amir bin Sa’sa’ah. o Pengajian rendah di Tatbiqat dar Muallimin, antara sekolah yang terkemuka di Iraq. Sejak umur 8 tahun telah membaca majalah-majalah kesasteraan atas dorongan abangya. o Mengenali Ikhwan pada umur 13 tahun, bekerja secara rasmi bersama Ikhwan di Iraq semenjak pemerintahan beraja sebelum revolusi pada tahun 1958. o Pada bulan Mei 1953, menggabungkan diri bersama Ikhwan.

↵Kesarjanaan↵Berguru dengan beberapa ulama terkemuka aliran salaf. Antaranya: • Syeikh Abdul Karim (Hadis) • Syeikh Dr Taqiyuddin Al-Hilaly (Ulum Hadis) • Syeikh Muhammad Al-Kurdi (Ilmu Fiqh) • Syeikh Amjad Az-Zahawi (ketua persatuan ulama’ Iraq) Hijrahnya↵Keluar dari Iraq ke Kuwait (1972) atas faktor keselamatan. Bekerja di Kuwait sebagai editor ‘Majalah Al-Mujtama’ yang diterbitkan oleh ‘Jam'iyyah Islah’; di situlah beliau menulis artikel-artikelnya berkaitan ‘Ihya Fiqh Dakwah’. Berhijrah ke UAE dan telah dijemput untuk menyampaikan daurah-daurah dan pengajian-pengajian di serata tempat; sehinggalah kini beliau masih lagi berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain; Malaysia, Eropah dan sebagainya untuk menyampaikan ceramah dan pengajian dan menghidupkan Fiqh Dakwah dalam kalangan duat dan menyebarkan ilmu syariah.


Karya↵• • Ilmu Dakwah

    • Al-Muntalaq (Titik Tolak)
    • Al-Awaiq
    • Ar-Raqaiq
    • Sinaa tul Hayah
    • Al-Masaar
    • Rasail ul Ain


• Ilmu Syariah

    • Mempertahankan Abu Hurairah
    • Tahzib Madarij Salikin
    • Tahzib Aqidah Tohawiyah


Di samping:

  Artikel-artikel di Majalah Mujtama’
  Syarahan-syarahan di seminar
  Manhaj Tarbiyah Dakwiyah (1 jilid)
  Al-Fiqh al-Lahib, Tahzib kitab Al-Ghiyathi oleh Al-Juwaini
  Sirotuna al-Mustaqim, merupakan risalah terawal dalam rantaian nasihat-nasihat duat, silsilah terbaru yang merangkumi nasihat dalam Fiqh Dakwah dan dianggarkan insha Allah merangkumi 70 risalah dan ke atas
  Afaaq ul Jamal, risalah kedua dalam rantaian nasihat-nasihat duat
  Sebahagian syarikat penerbitan di Turki menerbitkan terjemahan buku-buku Ihya Fiqh Dakwah, dan Al-Muntalaq juga telah diterjemah ke Bahasa Melayu dan Tamil, manakala Al-Masaar akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu dalam masa terdekat, dan sedang dalam proses penterjemahan ke Bahasa Perancis, Rusia dan China di samping Inggeris dan Parsi.

↵Karya-karya terbaru:

  Ensiklopedia Petunjuk Perkembangan Dakwah dan Jihad (5 jilid)
  30 lagi risalah daripada nasihat-nasihat duat 
  Harakat Hayah
  Ihya ul Ihya, tahzib Ihya Ulumuddin


Nasihat لا تعلموا إخوانكم كثرة اللعب والمباريات والأسفار، والقضايا المهرجانية ، فهذه تنحت من أوقات الجد ، وأفضل أن يتعلموا العلم الشرعي وأن يأخذوا الطريق الجدي ↵أكثر من ذلك “Janganlah mengajar ikhwah-ikhwah kamu banyak permainan, pertandingan dan bersiar-siar serta konsert dan festival, kerana ia banyak membocorkan waktu-waktu kesungguhan, sebaiknya kamu isi masa-masa kamu dengan meningkatkan ilmu syariah serta bersungguh-sungguh mempelajarinya.”[1]