Anas Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muhammad Anas Abdul Aziz)
Anas Abdul Aziz
Kelahiran
Muhammad Anas bin Abdul Aziz

1983 (umur 40–41)
PendidikanFilem dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia
PekerjaanPenulis skrip, pelakon suara dan pengasas Animonsta Studios
Tahun aktif2005–kini

Muhammad Anas bin Abdul Aziz (lahir 1983) merupakan seorang juruanimasi, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau merupakan pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 dan merupakan salah seorang pengasas Animonsta Studios di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin. Beliau merupakan pelajar filem dan animasi di Universiti Multimedia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, Anas (bersama-sama dengan Nizam Razak, Safwan Karim dan Kee Yong Pin) menubuhkan syarikat animasinya sendiri yang diberi nama Animonsta Studios. Syarikat ini menerbitkan siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah, pengarah kreatif dan pelakon suara. Kejayaan BoBoiBoy juga turut mencetuskan filem BoBoiBoy: The Movie[1] dan BoBoiBoy Galaxy.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pencipta Pengarah Penulis Peranan suara Catatan
2007–2009 Upin & Ipin Tidak Tidak Ya Musim 1-3
2009 Geng: Pengembaraan Bermula Tidak Tidak Ya Sapy, Rembo, Atan, Oopet Bayi dan suara Mistik Juga sebagai ketua unit audio dan pemilihan pelakon
2011–2016 BoBoiBoy Ya Ya Ya Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar, Pakcik Mat, Raksasa Tidur, Multi-Monster, Koko Jumbo, Bagi Gi dan BoBoiBot Musim 1-3
2016 BoBoiBoy: The Movie Ya Tidak Ya Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar, Pakcik Mat, Yoyo Oo dan Cici Ko Juga sebagai pemilihan pelakon
2016-2018 BoBoiBoy Galaxy Ya Tidak Ya Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar dan Pakcik Mat Musim 1 & 2, juga sebagai pengarah audio
2018-2022 Fly With Yaya Tidak Tidak Tidak Sebagai penerbit eksekutif
2019 BoBoiBoy Movie 2 Ya Tidak Ya Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar Juga sebagai pemilihan pelakon
2019-kini Papa Pipi Tidak Tidak Tidak Tok Aba
2021-kini Mechamato Tidak Tidak Ya Tok Aba, Toopee, Ro-Jack, Paintasso, Goosar, Chiku (Petok) Juga sebagai pengarah audio dan penyunting
2022 Mechamato Movie Tidak Tidak Tidak Tok Aba Juga sebagai pengarah audio
2025 BoBoiBoy Movie 3 Ya Tidak Ya Dalam produksi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Selamat, Hanisah (2 Februari 2016). "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j". Berita Harian. Dicapai pada 10 February 2016.
  2. ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Disember 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]