Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
Nama lahirMuhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2003-kini
Kegiatan berkaitan
Kumpulan Hijjaz

Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim yang lebih dikenali sebagai Ariffin Hijjaz merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid.

Beliau telah menganggotai Hijjaz pada tahun 2003, menggantikan sahabatnya, Salleh bin Ramli yang meninggal dunia pada 15 Februari 2001, bermula dengan album Pelita Hidup III. Sebelum menganggotai kumpulan Hijjaz, beliau terlebih dahulu menyertai kumpulan NadaMurni bersama anggota asal Hijjaz. Selain menyanyi, beliau turut mengendalikan rancangan Tilawah Interaktif yang bersiaran di TV1.