Pergi ke kandungan

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imam Muda Asyraf
Nama lahirMuhammad Asyraf Mohd Ridzuan
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait
Musim Pertama Imam Muda

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3. Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan dari tahun 2000-2001. Dan mengubah haluan mengambil SPM di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah ( MATRI), Beseri, Perlis pada tahun 2001-2002. Melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang pada tahun 2003-2006. Kemudian Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.

Pada 30 Julai 2010, beliau dinobatkan menjadi juara. Program pertama di dunia ini disiarkan secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pemenang kedua ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmood al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Sharizan Daud At-Turabi dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

Juara mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kontrak menjadi Imam Ratib di sekitar Kuala Lumpur, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000. Selain itu, percutian ke Bandung (4 hari 3 malam), pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.[1]Imam Muda Asyraf mendapat perhatian daripada media Jerman yang tertarik usaha beliau ketika itu hingga memuji sikapnya

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Imam Muda Asyraf juga melibatkan dalam dunia perniagaan dengan memiliki sebuah kedai AisyAsyraf yang menjual pakaian syariah serta barangan lain

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Asyraf juara Imam Muda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-01. Dicapai pada 2010-07-30.